awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih bolasepak Australia Graham Arnold letak jawatan

Bernama
Bernama
20/09/2024
11:22 MYT
Jurulatih bolasepak Australia Graham Arnold letak jawatan
Pasukan lelaki Australia mengalami kekalahan mengejut kepada Bahrain di tempat sendiri pada awal bulan yang menjejaskan harapan mereka untuk layak ke Piala Dunia. - Foto Reuters
SYDNEY: Bolasepak Australia pada Jumaat mengumumkan bahawa Graham Arnold meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan lelaki di tengah-tengah kempen kelayakan Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Badan induk itu berkata Arnold akan "berundur serta-merta". Pencarian penggantinya sedang dijalankan.
Pasukan lelaki Australia, yang dikenali sebagai Socceroos, mengalami kekalahan mengejut kepada Bahrain di tempat sendiri pada awal bulan yang menjejaskan harapan mereka untuk layak ke Piala Dunia secara langsung, kedudukan itu diburukkan lagi dengan seri dengan Indonesia. Mereka seterusnya berdepan China dan Jepun pada Oktober.
Arnold mengetuai Socceroos sejak Ogos 2018, selepas membantu dalam tempoh singkat pada 2006- 2007.
"Pemergian Graham Arnold menandakan berakhirnya era bola sepak Australia," kata ketua Bolasepak Australia James Johnson.
"Walaupun kami menghormati keputusannya dan sedih melihat Graham meninggalkan pasukan kebangsaan, senario ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam bola sepak antarabangsa," kata Johnson.
"Kami akan bertindak pantas dalam melantik ketua jurulatih baharu untuk memastikan kesinambungan dan kestabilan."
"Saya berkata selepas perlawanan kami menentang Indonesia bahawa saya mempunyai beberapa keputusan untuk dibuat, dan selepas berfikir dengan mendalam, naluri saya memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk perubahan, baik untuk diri saya mahupun program ini," kata Arnold.
"Saya membuat keputusan untuk meletak jawatan berdasarkan apa yang terbaik untuk negara, pemain dan Bolasepak Australia."
Socceroos telah layak ke lima Piala Dunia terakhir berturut-turut. Pada 2022 mereka mara ke peringkat kalah mati buat kali kedua dalam sejarah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bolasepak Australia
#Graham Arnold
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan