awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih Bundesliga kurang berani - Gundogan

Astro Arena
Astro Arena
13/05/2018
04:11 MYT
Jurulatih Bundesliga kurang berani - Gundogan
Gundogan berkata, kejurulatihan di Jerman sangat baik, tetapi dia tidak faham kenapa mereka tiada keberanian untuk menerapkan corak permainan yang berbeza apabila tewas dua atau tiga kali. - Foto Astro ARENA
PEMAIN Manchester City, Ilkay Gundogan, percaya sikap pengendali yang terlalu berjaga-jaga menjadi penyebab utama Bundesliga memiliki persaingan yang sengit.
Gundogan, yang hampir menamatkan musim kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), merupakan sebahagian daripada pasukan Borussia Dortmund ketika muncul juara Jerman pada musim 2011-12 di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Bayern Munich sejak itu menampilkan aksi yang konsisten dengan mendominasi takhta liga enam kali berturut-turut buat pertama kali dalam sejarah.
Thomas Muller kecewa di atas jurang antara Bayern dengan pasukan lain dan kebimbangannya itu turut dirasai Gundogan, yang menyatakan bahawa permainan hantaran jauh dilihat sebagai jalan selamat.
"Apa yang saya raih ketika beraksi di bawah kendalian Pep Guardiola adalah pasukan berusaha mencari jalan penyelesaian," katanya.
"Sebaik tekanan menjadi satu halangan [dalam saingan Bundesliga], bola mula dihantar jauh ke hadapan.
"Pemain-pemain setiap kali cuba mengikut arahan jurulatih dan mereka seharusnya mencari jalan.
"Pendidikan kejurulatihan di Jerman sangat baik, tetapi saya tidak memahami mengapa mereka tidak memiliki keberanian untuk menerapkan corak permainan yang berbeza apabila tewas dua atau tiga kali."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Bundesliga
#EPL
#Ilkay Gundogan
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Pep Guardiola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan