awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan

Bernama
Bernama
20/07/2017
07:53 MYT
KAFA lantik Afandi sebagai pengurus baharu Kelantan
Datuk Seri Afandi Hamzah dilantik sebagai pengurus pasukan The Red Warriors setelah satu rombakan dilakukan ke atas pengurusan pasukan tersebut hari ini. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melakukan rombakan ke atas pengurusan The Red Warriors dengan melantik Pemangku Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai pengurus pasukan.
Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata Alfredo Gonzales yang memegang jawatan itu sebelum ini kembali memegang jawatan pengarah teknikal.
Beliau berkata Datuk Nasir Hamzah dan Zahasmi Ismail masing-masing kekal sebagai penolong pengurus dan ketua jurulatih.
"Susulan pertukaran Gonzales sebagai pengarah teknikal, Zahasmi kini diberikan kuasa penuh untuk menjalankan latihan dan menyusun strategi pasukan.
"Rombakan dilakukan selepas The Red Warriors mengalami kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelantan kini berada pada kedudukan kelapan Liga Super selepas mengharungi 16 perlawanan dengan merekodkan enam kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan.
Bagi aksi Piala Malaysia, ia berada di kedudukan ketiga Kumpulan C di belakang Kedah dan Melaka United daripada tiga perlawanan dengan dua kemenangan dan satu kekalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#KAFA
#Kelantan
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan