awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA temui FMLLP Isnin depan

Bernama
Bernama
01/06/2017
10:37 MYT
KAFA temui FMLLP Isnin depan
Keputusan KAFA untuk bertemu pihak FMLLP diputuskan pada mesyuarat Exco KAFA di sini, hari ini. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menemui Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada 5 Jun ini, bagi membincangkan kemelut dihadapi persatuan bola sepak negeri itu ketika ini.
Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata keputusan untuk bertemu pihak FMLLP diputuskan pada mesyuarat Exco KAFA di sini, hari ini.
"Kita akui suasana kita sekarang, oleh itu kita mahu mengambil pendekatan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan isu yang dihadapi bersama FMLLP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, KAFA berdepan beberapa kemelut bersama FMLLP antaranya berkaitan isu pendaftaran pemain import, tunggakan gaji dan pemotongan mata.
Afandi berkata perjumpaan bersama FMLLP itu akan diketuai beliau sendiri bersama Setiausaha Agung Datuk Ismail Md Noor serta barisan Exco KAFA.
"Kami fikir kemelut ini perlu ke proses perbincangan lanjut agar sesuatu keputusan yang baik dapat dicapai," katanya.
Beliau berkata mesyuarat KAFA hari ini turut membincangkan cadangan berkaitan penswastaan pasukan Kelantan pada tahun depan dengan tujuan melibatkan syarikat swasta dan penyokong dalam pengurusan KAFA, dengan pembahagian saham diagihkan 70 peratus untuk syarikat dan 30 peratus kepada penyokong.
"Memandangkan sekarang sudah masuk pertengahan musim, lebih elok kita melakukan persiapan awal. Sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi memperincikan perkara tersebut (penswataan)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afandi Hamzah
#bola sepak
#Exco
#FMLLP
#KAFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan