awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami akan cari individu serius mahu jadi jurulatih Malaysia - TMJ

Bernama
Bernama
06/04/2017
10:56 MYT
Kami akan cari individu serius mahu jadi jurulatih Malaysia - TMJ
Tunku Ismail berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Gomez, memandangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh FAM pada ketika ini yang kekurangan dana sebanyak RM40 juta. - Gambar fail
Selepas dilihat sukar untuk mencapai kata sepakat dengan Mario Gomez, calon ketua jurulatih kebangsaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan untuk mencari individu lain bagi mengisi jawatan itu.
Tunku Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata pihaknya akan mencari calon lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilihat seolah-olah 'tidak sehaluan' dengan corak pemikiran baginda.
"Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan beliau meminta gaji yang tinggi. Kami (FAM) menawarkan USD25,000 kepada beliau tetapi beliau meminta USD45,000. Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan?
"Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia," katanya.
Pada pertemuan bersama ketua pengarang dan editor sukan media tempatan pada Selasa lepas, Tunku Mahkota Johor mendedahkan bahawa Gomez meminta bayaran lebih tinggi daripada yang diperoleh ketika membimbing JDT.
Justeru, Tunku Ismail berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Gomez, memandangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh FAM pada ketika ini yang kekurangan dana sebanyak RM40 juta.
Media hari ini pula melaporkan bahawa Gomez menafikan beliau meletakkan harga tinggi untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya serta menafikan menamakan jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sebagai penolong beliau.
Pada Kongres ke-53 FAM, 25 Mac lepas, sejurus disahkan sebagai presiden FAM, Tunku Ismail mengumumkan Gomez selaku jurulatih kebangsaan, manakala Datuk Ong Kim Swee pula diberikan tugas mengendalikan skuad bawah 23 tahun (B23) selepas menyingkirkan Frank Berhandt. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Mario Gomez
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan