awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami belum di kemuncak lagi - amaran Pioli kepada pesaing Inter

Astro Arena
Astro Arena
29/01/2017
00:56 MYT
Kami belum di kemuncak lagi - amaran Pioli kepada pesaing Inter
PIOLI: Isnin ini adalah perlawanan hidup atau mati dalam kejohanan yang penting bagi kami, oleh itu, kami mesti kekal fokus. Kami mahu bermain dengan gaya Inter di Turin. - REUTERS / Gambar fail
JURULATIH Inter Milan, Stefano Pioli, memberi amaran kepada tiga pasukan teratas Serie A bahawa prestasi skuadnya masih belum mencapai kemuncak, walaupun menang 3-0 ke atas Pescara Calcio, awal pagi tadi, untuk kemenangan ketujuh berturut-turut dalam liga.
Pioli, yang bertanggungjawab ke atas peningkatan luar biasa Inter sejak menggantikan Frank de Boer, percaya tiada perpaduan dalam pasukan Inter sebelum ini.
Kini, mereka kelihatan melancarkan satu cabaran untuk perebutan tempat Liga Juara-Juara dengan kemenangan di San Siro awal pagi tadi membawa Inter ke kedudukan keempat, berada di atas Lazio yang tewas 0-1 kepada Chievo di laman sendiri.
Inter turut akan menukar perhatiannya minggu ini selepas melihat potensi mereka dalam suku akhir Coppa Italia menentang Lazio, sebelum menuju ke Turin untuk menghadapi pendahulu Serie A, Juventus.
"Isnin ini adalah perlawanan hidup atau mati dalam kejohanan yang penting bagi kami," katanya.
"Oleh itu, kami mesti kekal fokus. Kami mahu bermain dengan gaya Inter di Turin.
"Saya yakin kami boleh melakukannya dengan baik. Saya mempunyai pemain daripada tahap yang tinggi, tetapi kami belum mencapai puncak.
"Kami belum melakukan apa-apa lagi. Kami tidak berada dalam kedudukan yang kami mahukan atau bermain dengan sepatutnya."
Topic Berkaitan
#inter milan
#Pescara Calcio
#Serie A
#Stefano Pioli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan