awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami gembira persatuan sudah melunaskan perbelanjaan Sukan SEA Filipina - Presiden MOM

Bernama
Bernama
14/12/2019
00:05 MYT
Kami gembira persatuan sudah melunaskan perbelanjaan Sukan SEA Filipina - Presiden MOM
Kontinjen Malaysia didahului pembawa Jalur Gemilang, bekas atlet wushu kebangsaan Loh Jack Chang disertai 24 atlet, pada majlis penutup Sukan SEA di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina, 11 Dis lalu. REUTERS/Fail
Semua persatuan sukan telah melunaskan seratus peratus perbelanjaan atlet Sukan SEA ke-30 di Filipina, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Beliau berpuas hati dengan tindakan kesemua persatuan sukan yang menyelesaikan pembayaran mereka berkenaan temasya dwitahunan itu seperti tiket penerbangan, penginapan dan lain-lain lagi.
"Secara keseluruhan, kita melihat semua persatuan sukan telah membayar apa yang perlu dan kita gembira dengan perkara berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga OCM kali ke-17 bagi sesi 2018-2021 di Wisma OCM, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata mesyuarat lembaga eksekutif selama dua jam itu hanya membincangkan agenda jawatankuasa, dan perkara berbangkit yang memerlukan keputusan ahli lembaga eksekutif termasuk isu melibatkan Sukan SEA Filipina.
Ditanya mengenai status atlet catur dan e-sukan di bawah kategori B yang berjaya meraih pingat emas pada sukan dwitahunan itu, Mohamad Norza menyifatkan perkara itu akan dilihat secara kolektif dalam mesyuarat bersama semua persatuan sukan di bawah gabungan MOM yang bakal hadir.
"Kita ada banyak perkara yang dibincangkan tadi, terutamanya prestasi dari segi mereka yang di bawah kategori B dan juga kategori B2 yang telah berjaya.
"Namun perkara ini akan dibincangkan secara kolektif dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan kita akan melihat cadangan yang dikemukakan," katanya.
Untuk rekod, Kategori B memerlukan persatuan sukan kebangsaan membayar sendiri pembiayaan atlet terbabit dan hanya akan dibayar semula oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) jika mereka memenangi pingat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet
#atlet catur
#atlet e-sukan
#Filipina
#Malaysia
#Mohamad Norza Zakaria
#MOM
#pembayaran
#pembiayaan atlet
#perbelanjaan
#persatuan sukan
#pingat emas
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan