JOHOR BAHRU: Pemain Harimau Malaya bersedia untuk melakukan corak permainan lebih pantas seperti yang dimahukan ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon apabila Malaysia bertemu Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, Selasa depan.
Penyerang pasukan kebangsaan kelahiran England Darren Lok berkata semua pemain jelas tentang pendekatan taktikal yang Pan Gon mahu cuba laksanakan sejak jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu mengambil alih pasukan berkenaan awal tahun lepas.
"Jurulatih (Pan Gon) berada di sini selama setahun, kami amat mengetahui jenis bola sepak yang beliau inginkan dan sejak beliau datang ke kem latihan pertama, beliau jelaskan bahawa inilah (pantas) jenis bola sepak yang beliau mahukan (kami bermain).
"Sebagai pemain kami harus memahaminya sekarang, jadi kami perlu pastikan lebih pantas ketika menentang Hong Kong dan berharap dapat mempamerkan persembahan yang baik dan mengumpul kemenangan," katanya kepada media ketika ditemui di hotel didiami pasukan di sini hari ini.
Pan Gon sebelum ini mempersoalkan keupayaan pemainnya dalam mengekalkan prestasi optimum pada sidang media selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 yang menyaksikan Malaysia menewaskan Turkmenistan 1-0 di Iskandar Puteri, Khamis lepas.
Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak, selain berkata sekiranya pasukan mempunyai pemain yang lebih pantas, Malaysia mungkin menjaringkan lebih banyak gol.
Sementara itu, penyerang Sabah berusia 33 tahun itu berkata beliau tidak kecewa selepas gagal menjaringkan gol menentang Turkmenistan kerana yang penting beliau memainkan peranan yang baik untuk membantu kemenangan pasukan.
"Selalunya, ia bukan mengenai gol, selagi saya membantu pasukan dan mereka beraksi dengan baik, itu yang penting. Perlawanan menentang Turkmenistan adalah persembahan yang hebat dan sama pentingnya kami memenangi perlawanan ini (berhadapan Hong Kong)," katanya.
Darren yang menjaringkan dua gol pada Liga Super musim ini setakat ini, berazam untuk menggandakan usahanya menentang Hong Kong dan berusaha untuk mencipta namanya sebagai penjaring.
Kali terakhir beliau menjaringkan gol di pentas antarabangsa apabila Malaysia menewaskan Singapura 4-1 pada aksi final Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Januari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023
Semua pemain jelas tentang pendekatan taktikal yang Pan Gon mahu cuba laksanakan sejak jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu mengambil alih pasukan berkenaan awal tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.