awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami tewaskan Brazil ketika Ramadan, selepas solat tarawih'

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2023
07:05 MYT
'Kami tewaskan Brazil ketika Ramadan, selepas solat tarawih'
Walid Regragui meluahkan keterujaan dan kegembiraannya dengan pencapaian terbaharu Atlas Lions. -Gambar fail/AP
KEMENANGAN dramatik Maghribi ke atas juara Piala Dunia lima kali, Brazil dalam aksi persahabatan antarabangsa hujung minggu lalu sebagai kejayaan yang menakjubkan.
Jurulatihnya, Walid Regragui meluahkan keterujaan dan kegembiraannya dengan pencapaian terbaru Atlas Lions itu.
"Kami menewaskan Brazil ketika Ramadan, selepas solat tarawih, ia sungguh gila," ujar Regragui.
Maghribi menjadi sebutan di pentas antarabangsa ketika Piala Dunia Qatar 2022 apabila mengalahkan pasukan bertaraf dunia.
Ia termasuk menewaskan Sepanyol, Belgium serta Portugal dan buat pertama kali dalam sejarah, Atlas Lions mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Penyerang Maghribi, Soufiane Boufal menganggap kejayaan itu sebagai bukti bahawa Maghribi meneruskan momentum Piala Dunia Qatar.
Boufal meledak gol pembukaan pada minit ke-29 sekali gus melakar sejarah kali pertama Maghribi menjaringkan gol menentang gergasi bola sepak Brazil.
"Kami masih bermimpi! Kami meneruskan momentum di Piala Dunia dan ia sangat menggembirakan," kata Boufal.
Maghribi juga menarik perhatian ramai kerana semangat berpasukan mereka terutama video Regragui memberi kata-kata semangat kepada Hakim Ziyech setelah terlepas peluang menghasilkan gol tular di media sosial.
Ziyech mempamerkan aksi menakjubkan ketika berdepan barisan pemain terbaik Brazil yang menarik perhatian peminat bola sepak dunia serta media antarabangsa.
Prestasinya diraikan oleh kelabnya Chelsea, kerana menonjolkan peranan penting dalam memastikan kemenangan Maghribi ke atas Brazil. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Walid Regragui
#Brazil
#aksi persahabatan antarabangsa
#Maghribi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan