Dendam di final 2010 bagaikan dilunaskan dengan geramnya apabila Belanda menewaskan Sepanyol 5-1 dalam aksi pembukaan kumpulan B, Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.

Jaringan penalti Xabi Alonso masih tidak cukup untuk mengekang "kegilaan" Belanda dengan membalas satu demi satu jaringan.

Oleh itu, hero sepanyol empat tahun lalu, Andres Iniesta menegaskan dia dan rakan sepasukannya tidak akan melupakan kekalahan awal pagi tadi, dan cuba mengambil iktibar dengan mengenai perlawanan tersebut.

"Kami mesti menang baki dua perlawanan ini, walaupun ia menjadi tugas sukar. Kami bersedia untuk apa sahaja yang akan datang. Kami akan melakukan tugas-tugas kami, tetapi kami tidak akan lupa tentang perkara ini. "

"Inilah sukan. Kami perlu menerima kekalahan. Mereka beraksi lebih baik daripada kami pada separuh masa kedua. Kami mesti mengakui mereka lebih baik. Ia adalah satu masa yang genting untuk kita, tetapi kita perlu menyelesaikannya," kata Iniesta.

Bagi rata-rata peminat bola sepak berpendapat, seluruh pasukan yang bertanding di Piala Dunia sudah mengenali corak permainan "Tiki Taka" Sepanyol sekaligus memudahkan untuk mereka mencongak taktikal masing-masing.