awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kane bantu Son Heung-min raikan gol ke-100 bersama Tottenham

Astro Arena
Astro Arena
03/01/2021
06:36 MYT
Kane bantu Son Heung-min raikan gol ke-100 bersama Tottenham
Son Heung-min meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Leeds United di Stadium Tottenham Hotspur, London, England, 2 Dis, 2021. (Foto AP)
SON Heung-min menjaringkan golnya yang ke-100 dalam kesemua kejohanan bersama Tottenham Hotspur apabila dia menemui sasaran ketika pasukannya menewaskan Leeds United 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Lebih menarik, jaringan itu dihasilkan melalui bantuan rakan gandingannya di jentera serangan, Harry Kane.
Penyerang Korea Selatan itu, yang berpindah ke London pada 2015, mencetuskan sensasi dalam musim 2020-21 apabila merekodkan gol yang ke-99 buat Spurs ketika menentang Liverpool bulan lalu.
Son kemudian buntu menemui sasaran dalam tiga pertemuan lalu, termasuk ketika Spurs tewas 0-2 kepada Liecester City, sebelum golnya dibatalkan pengadil daam perlawanan Piala EFL menentang Stoke City.
Selepas itu, Son hanya melakukan satu percubaan tepat ketika pasukannya terikat 1-1 dengan Wolves pada 27 Disember lalu.
Bagaimanapun, selepas perlawanan menentang Fulham pada Rabu Lalu ditunda, dia menjadikan Leeds sebagai lawan untuk menandakan jaringan bersejarahnya itu.
Kane -- yang membantu sembilan daripada 12 gol Son dalam EPL musim ini -- melakukan umpanan lintang menarik dari sebelah kanan untuk pasangan penyerangnya itu meledakkan jaringan.
100 Son Heung-min has scored his 100th goal in all competitions for Tottenham, with only Harry Kane (169) scoring more for the club since his debut in September 2015. Milestone. #TOTLEE
— OptaJoe (@OptaJoe) January 2, 2021
Jaringan Son itu meletakkan Spurs selesa mendahulu 2-0 dalam babak pertama manakala sepakan penalti Kane pula memberikan skuad kendalian Jose Mourinho itu jaringan pembukaan.
Dengan 169 gol yang dikumpulkannya, Kane merupakan satu-satunya pemain menjaringkan lebih banyak gol berbanding Son sejak September 2015.
Ia juga merupakan kali ke-13 Kane dan Son bergandingan mencipta gol musim ini, rekod tertinggi dalam satu musim EPL.
Son telah menjaringkan 65 daripada 100 gol itu dalam saingan EPL -- 35 dengan kaki kanannya, 25 dengan kaki kiri dan selebihnya menggunakan kepala.
Topic Berkaitan
#Son Heung-min
#gol ke-100
#Tottenham Hotspur FC
#Harry Kane
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan