awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2025
00:15 MYT
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Walker mempunyai baki kontrak 18 bulan bersama Manchester City setelah menandatangani lanjutan kontrak tiga tahun pada 2023. - Gambar fail/REUTERS
KAPTEN Manchester City, Kyle Walker, telah menyertai AC Milan secara rasmi dengan perpindahan pinjaman sehingga akhir musim ini, umum kedua-dua kelab, pada Jumaat.
Milan dalam satu kenyataan menyebut, mereka turut mempunyai pilihan untuk membeli pemain bek kanan England itu.
Menurut Sky Italy, nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta paun (RM24.8 juta).
Pemain berusia 34 tahun itu telah membuat 319 penampilan untuk City dan kali terakhir beraksi dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas West Ham United dalam Liga Perdana Inggeris pada 4 Januari.
Walker diketepikan daripada skuad City ketika kemenangan besar 8-0 ke atas Salford City dalam pusingan ketiga Piala FA seminggu kemudian, dengan pengurus Pep Guardiola mendedahkan bahawa bek tersebut meminta untuk "meneroka pilihan bermain di luar negara."
Walker, yang berhijrah ke Manchester dari Tottenham Hotspur pada 2017, mempunyai baki kontrak 18 bulan bersama City setelah menandatangani lanjutan kontrak tiga tahun pada 2023.
Beliau telah menjadi sebahagian penting dalam enam kejayaan Liga Perdana Inggeris di bawah Guardiola tetapi meninggalkan kelab di tengah prestasi buruk pasukan juara England itu, yang kini berisiko tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas kekalahan 4-2 kepada Paris Saint-Germain pada Rabu lalu.
City kini berada di kedudukan kelima dalam jadual Liga Perdana, 12 mata di belakang pendahulu Liverpool yang masih mempunyai satu perlawanan di tangan.
Walker memiliki 93 kap untuk skuad England dan merupakan satu-satunya pemain England yang disenaraikan dalam pasukan terbaik kejohanan Euro 2024 setelah bermain setiap minit di Jerman, di mana Three Lions menjadi naib juara kepada Sepanyol.
Beliau juga merupakan anggota kumpulan kepimpinan England sepanjang kejohanan itu.
Pemergian Walker adalah sebahagian daripada tingkap perpindahan yang sibuk bagi City.
Mereka sebelum ini menandatangani pemain penyerang Mesir Omar Marmoush dari Eintracht Frankfurt, selain membawa masuk pemain pertahanan Brazil berusia 19 tahun, Vitor Reis, dan pemain pertahanan Uzbekistan, Abdukodir Khusanov. - Agensi
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Kyle Walker
#Manchester City
#AC Milan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan