awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapten Manchester United terima ancaman bom

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2022
00:45 MYT
Kapten Manchester United terima ancaman bom
Maguire menerima kritikan hebat berikutan persembahan mengecewakan untuk Manchester United dan England sejak kebelakangan ini. - Astro ARENA
KAPTEN Manchester United, Harry Maguire berdepan detik cemas apabila menerima ancaman bom di kediamannya di Cheshire, sekali gus menyaksikan polis tempatan bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan menurut laporan.
Pemain pertahanan The Red Devils itu, yang tinggal bersama tunangnya dan dua anak kecil, menerima ancaman tersebut melalui e-mel, jelas laporan tersebut.
Sementara itu, polis Cheshire mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa mereka menerima panggilan melaporkan terdapat ancaman bom di kawasan Wilmslow sehari selepas skuad kendalian Ralf Rangnick tersebut diaibkan 0-4 Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.
"Tiada pemindahan berlaku, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga seekor anjing unit letupan polis dihantar ke lokasi untuk menjalankan pencarian di taman dan kawasan sekitar," tambah kenyataan itu.
Untuk rekod, Maguire menerima kritikan hebat berikutan persembahan mengecewakan untuk Manchester United dan England sejak kebelakangan ini.
Pemain berusia 29 tahun itu juga sebelum ini diejek segelintir penyokong England semasa The Three Lions pimpinan Gareth Southgate melakar kemenangan 3-0 ke atas Ivory Coast dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley bulan lalu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Harry Maguire
#ancaman bom
#Manchester United
#England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan