awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020

Astro Arena
Astro Arena
25/05/2021
03:46 MYT
Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020
Ramos diberi tugas sebagai kapten oleh Luis Enrique tetapi hanya beraksi selama 50 minit dalam pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Greece dan Kosovo, Mac lalu. - Gambar fail
KAPTEN Sepanyol, Sergio Ramos, tidak disenaraikan sebagai pemain Luis Enrique dalam kempen Euro 2020 berikutan masalah kecederaannya sepanjang musim 2020-21.
Aymeric Laporte, yang baru bulan ini menukar status kewarganegaraannya daripada Perancis ke Sepanyol, antara yang dinamakan untuk mengisi kekosongan pertahanan tengah berkenaan.
Ramos merupakan sebahagian daripada pemain pasukan kebangsaan itu yang memenangi tiga kejuaraan utama berturut-turut sekitar 2008 hingga 2012 dan merupakan tunggak utama buat pasukan kelab dan negaranya sejak itu.
Dia turut memecahkan rekod penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon, dalam penampilan antarabangsa terbanyak sepanjang zaman selepas turun beraksi dalam perlawanannya yang ke-176 awal tahun ini.
Pemain berusia 35 tahun itu diberikan tugas sebagai kapten oleh Luis Enrique tetapi hanya beraksi selama 50 minit dalam pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Greece dan Kosovo, Mac lalu sebelum pulang ke Madrid kerana kecederaan.
Dia hanya dapat melakukan 21 penampilan buat Madrid dalam kesemua kejohanan musim ini dan terlepas 31 aksi lain.
BACA: UCL: Madrid senarai Marcelo, Ramos, Valverde ke Chelsea, Varane direhatkan
Apa yang mencuri tumpuan, bekas ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, tidak menamakan seorang pun pemain Madrid dalam senarai akhir pemainnya.
Pertahanan kanan, Dani Carvajal, masih cedera dan tempatnya berkemungkinan besar boleh diisi pemain tengah Atletico Madrid, Marcos Llorente, manakala dua lagi pemain Los Blancos, Marco Asensio dan Isco, tidak terpilih.
Seorang lagi pertahanan tengah Madrid, Nacho, turut dipinggirkan, di mana gandingan Manchester City, Laporte dan Eric Garcia, terpilih walaupun menghabiskan kebanyakan musim ini di belakang Ruben Dias dan John Stones di Stadium Etihad.
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#Aymeric Laporte
#Manchester City
#barcelona
#Chelsea
#Piala Dunia
#Sergio Ramos
#sepanyol
#Luis Enrique
#cedera
#status kewarganegaraan
#Perancis
#pemain pertahanan
#pusingan kelayakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan