Karektor yang ditunjukkan oleh pemain sepanjang aksi final telah memacu kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala FA di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.
Ketua jurulatihnya, Mario Gomez berkata usaha pemain yang tidak berkesudahan walaupun beraksi dalam keadaan hujan lebat terutama dalam babak kedua terbukti penting bagi kejayaan pasukan itu.
Beliau mengakui pemainnya telah melakukan kesilapan dengan memberi ruang kepada PKNS FC menjaringkan gol awal tetapi gembira kerana mereka berjaya mengawal tekanan.
FOTO: Piala FA milik kami! - JDT
BACA: JDT raih trofi kedua selepas muncul juara Piala FA
BACA: Piala FA: Johor cuti Ahad sempena kejayaan JDT
Memang, kami gagal menyempurnakan banyak peluang pada babak kedua tetapi saya gembira dengan kemenangan ini. Bagi diri saya, kadang-kadang boleh menjaringkan gol dan sebaliknya...ia semua bergantung kepada situasi," kata jurulatih warga Argentina pada sidang media selepas perlawanan itu.
Pada aksi final, PKNS FC membuka jaringan seawal minit keenam menerusi sepakan penalti oleh Gabriel Miguel Guerra sebelum JDT menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh kapten Safiq Rahim pada minit ke-16.
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, Jorge Pereyra Diaz menghadiahkan gol kemenangan JDT pada minit ke-35.
Sementara itu, Ketua Jurulatih PKNS FC, E. Elavarasan mengakui kesilapan pemain yang banyak melakukan kekasaran ke atas pemain lawan menjadi punca mereka kalah pada perlawanan tersebut.
Beliau menjelaskan pemain gagal mengekang asakan bertali arus jentera serangan JDT sehingga membolehkan skuad Harimau Selatan bangkit mencatat kemenangan.
"Mendapat gol awal itu bagus tetapi pemain tertekan dengan gerakan JDT dan melakukan kesilapan sehingga memberikan penalti.
"Untuk gol kedua, saya tak pasti sama ada perlawanan patut diteruskan atau dihentikan kerana sepakan percuma diambil ketika pemain belum bersedia, bagaimanapun kita terima keputusan pengadil,"jelas Elavarasan.
Bernama
Sun May 15 2016
Ketua Jurulatih JDT Mario Gomez bersalaman dengan Pembantu Jurulatih Bengaluru FC Matthew Holland pada sidang media Piala AFC 2016 di hotel Thistle pada 10 Mei. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Karektor pemain bawa kepada kejayaan JDT - Gomez
Karektor yang ditunjukkan oleh pemain sepanjang aksi final telah memacu kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala FA di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.
Patrick Ronaldinho sah ke Selangor
Bintang import PKNS, Patrick Ronaldinho sah bakal menjadi import terbaharu juara Piala Malaysia 2015, Selangor pada musim depan.