awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karl-Heinz Weigang meninggal dunia

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
13/06/2017
08:54 MYT
Karl-Heinz Weigang meninggal dunia
Weigang, jurulatih veteran yang komited dalam kerjayanya merentasi benua Afrika dan Asia, juga dikenali sebagai seorang berdedikasi dan mengangkat tinggi etika FIFA di dalam perjalanan kariernya. - Gambar fail
Bekas jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan, Karl-Heinz Weigang, meninggal dunia pada usia 81 tahun di Jerman petang ini waktu Malaysia, berikutan serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan media oleh The Bos Gaurus pada petang Selasa.
Lagenda Weigang yang dikenali sebagai "Atuk" di kalangan peminat bolasepak Perak pernah membawa Malaysia ke puncak kegemilangan sewaktu mengetuai pasukan ke Olimpik 1980.
Weigang juga pernah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pencapaian tertinggi dalam arena bolasepak dunia melalui penganugerahan Merit of Gold daripada FIFA pada tahun 1998.
Mengetuai sebanyak lapan pasukan kebangsaan termasuk Vietnam, Mali, Sri Lanka dan Malaysia, Weigang juga pernah mencurahkan ilmu beliau di pasukan Perak, Johor dan pasukan kebangsaan sejak berkecimpung bermula tahun 1964 hingga 2017.
Jurulatih veteran yang komited dalam kerjayanya merentasi benua Afrika dan Asia ini juga dikenali sebagai seorang berdedikasi dan mengangkat tinggi etika FIFA di dalam perjalanan kariernya.
Baru-baru ini, rakan karibnya, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia pada 9 Jun lepas di Hospital KPJ Ipoh.
Topic Berkaitan
#Karl-Heinz Weigang
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan