PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi komitmen tinggi terhadap usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membida sebagai tuan rumah pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung Jun depan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata KBS akan bekerjasama rapat dengan FAM dalam memastikan usaha tersebut berjaya dan berjalan lancar.
Beliau berkata sokongan penuh akan diberikan kepada FAM supaya badan induk bola sepak negara itu tidak berdepan masalah untuk menjadi tuan rumah kepada saingan kumpulan kelayakan tersebut.
"Saya memberikan komitmen daripada KBS untuk bekerjasama rapat bagi memastikan apabila kita melakukan bidaan, ia akan mendapat hasil yang kita idam-idamkan dengan berjaya mendapat peluang jadi tuan rumah," katanya pada sidang media majlis pecah tanah ibu pejabat baharu FAM di Presint 5 di sini hari ini.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan bidaan sebagai tuan rumah itu menjadi antara matlamat utama FAM bagi memastikan pasukan negara mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dalam misi layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Pengurus skuad kebangsaan yang juga Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilapor sebagai berkata jaminan daripada kerajaan cukup penting supaya ia dapat dianjurkan tanpa sebarang masalah.
Sementara itu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kekangan yang perlu ditangani pihaknya dalam membida sebagai tuan rumah adalah berkaitan proses kuarantin selama tujuh hari yang ditetapkan kerajaan ketika ini.
Justeru, beliau berkata pihaknya bersama KBS akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perkara itu.
"Isunya tujuh hari kuarantin, lain isu tiada. Kita kena ingat, dalam kita tengah nak bida berpuluh lagi negara tengah buat perkara sama. Tak semestinya kita bida kita boleh dapat, kita kena bagi yang terbaik," katanya.
Menurut Hamidin, dalam usaha membida juga FAM perlu menyediakan antaranya tempat penginapan, venue pertandingan dan padang latihan yang terbaik serta mampu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Skuad Harimau Malaya kini dalam misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas kali terakhir beraksi di kejohanan itu ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007.
Sudah lebih 40 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
Ahmad Faizal pada sidang media selepas majlis pecah tanah ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Presint 5 hari ini. --fotoBERNAMA
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."