awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS cari calon CEO Jawatankuasa Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Bernama
Bernama
27/03/2025
15:45 MYT
KBS cari calon CEO Jawatankuasa Sukan SEA, Para ASEAN 2027
Hannah (lima, kiri) bergambar bersama kanak-kanak ketika Majlis Perasmian TASKA Team MAS di ISN Bukit Jalil hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mencari calon yang akan menggalas tugas sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-15 yang akan berlangsung di tanah air pada 2027.
Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berbincang bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memilih individu yang akan memikul tanggungjawab tersebut sebelum menyenaraikan secara terperinci ahli Jawatankuasa Pengelola temasya dwitahunan itu.
"Selepas raya nanti kita akan ada perbincangan dengan JPA untuk lantik CEO dan CEO yang akan membuat keputusan pelantikan jawatankuasa lain.
"Kita tiada masa yang banyak sebelum menjadi tuan rumah, jadi siapa yang jadi CEO kelak perlu 'berlari' dengan pasukan untuk mulakan tugasan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Taska Team MAS di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, di sini hari ini.
Semalam, kerajaan meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-15 2027.
Malaysia akan kembali menjadi tuan rumah Sukan SEA selepas kali terakhir pada 2017.
Sebagai rekod, edisi 2017 menyaksikan Malaysia menamatkan kempen sebagai juara keseluruhan dengan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
Bagi edisi ke-33 yang akan berlangsung Disember ini, Thailand selaku penganjur memilih tiga lokasi sebagai venue pertandingan iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
Terdahulu, Hannah merasmikan Taska Team MAS yang merupakan inisiatif memperkukuh sokongan kebajikan kepada atlet, jurulatih dan warga agensi sukan di KL Sports City.
Hannah berkata Taska Team MAS bukan sekadar pusat penjagaan kanak-kanak tetapi simbol komitmen KBS dalam membantu golongan atlet dan kakitangan sukan menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan tanggungjawab keluarga.
"Taska ini beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam. Kenapa 7 pagi kerana ramai atlet kita berlatih awal pagi, jadi kalau bergantung pada taska di luar, mungkin belum buka 7 pagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#perkhidmatan awam
#Sukan SEA
#juara keseluruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan