PUTRAJAYA: Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 dijangka diserikan kembali dengan kehadiran penonton ke stadium apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam usaha mendapatkan kelulusan kerajaan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan permohonan kehadiran penyokong ke stadium akan dibuat selepas dua bulan saingan Liga-M yang menggunakan model gelembung sukan, berjalan dengan lancar.
Beliau berkata KBS memerlukan masa untuk memberi gambaran dan keyakinan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa keputusan membenarkan penyokong ke stadium tidak menjejaskan gelembung sukan yang dikhususkan kepada pemain serta pegawai pasukan.
"Saya jangkakan dalam sebulan dua untuk bawakan perkara ini kepada MKN untuk dipertimbangkan kerana ia juga bergantung sepenuhnya kepada pengumuman MKN mengenai situasi terkini serta perkembangan semasa pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
"Tetapi saya memberi jaminan dalam tempoh sebulan dua itu ia akan dibawa ke MKN bagi mendapatkan kelulusan untuk membolehkan sukan bola sepak dihadiri penonton dengan SOP yang ketat," katanya pada sidang media majlis pelancaran Liga-M 2021 di sini, pada Isnin.
Beliau menjelaskan usaha membenarkan kehadiran penonton ke stadium dengan jumlah yang terbatas tanpa mendatangkan sebarang ancaman kepada model gelembung sukan antara matlamat utama KBS dalam merancakkan semula industri sukan negara.
Sementara itu, pemain serta pegawai pasukan Liga-M bersama barisan atlet negara yang tidak terlibat ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Beliau menjelaskan dalam konteks sukan, keutamaan kini diberikan kepada 264 atlet dan pegawai dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik yang bakal menerima suntikan vaksin bermula April ini.
"Saya sendiri pun tidak mengambil vaksin pada peringkat awal sebaliknya akan ambil bersama atlet pada April, sebab kita nak dengan bekalan yang terbatas ini keutamaan diberikan kepada mereka yang telah disenaraikan sebagai yang paling utama atau barisan hadapan," katanya.
Sebanyak 264 atlet serta pegawai itu adalah kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai KBS untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Reezal Merican memberi jaminan permohonan kehadiran penyokong ke stadium akan dibuat selepas dua bulan saingan Liga-M yang menggunakan model gelembung sukan, berjalan dengan lancar. - Bernama

Vaksin COVID-19 | Johnson & Johnson teruskan pelancaran vaksin di Eropah
Johnson & Johnson akan meneruskan pelancaran vaksin di Eropah selepas agensi ubat-ubatan blok itu, (EMA) mempertahankan manfaat melebihi risiko dalam kes pembekuan darah yang dikesan dalam kalangan penerimanya. Syarikat itu bagaimanapun melabel vaksin keluarannya dengan amaran risiko kesan sampingan.

Nilai R-Naught | Meningkat 1.16, Kelantan tertinggi
Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di Malaysia, kembali menurun selepas mencatatkan sehari peningkatan. Angka itu menurun kepada 1.16 pada selasa berbanding 1.17 hari sebelumnya.

COVID-19 | Belanda umum longgarkan sekatan
Belanda umum longgarkan sekatan berkuatkuasa Selasa. Perdana Menterinya Mark Rutte tegaskan tindakan itu sebagai satu bentuk keseimbangan, biarpun ketika kadar jangkitan COVID-19 di negara itu kekal tinggi.

COVID-19 | EMA kesan 'kemungkinan kaitan' darah beku dan J&J
Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Ubat-Ubatan Kesatuan Eropah (EMA) menemui 'kemungkinan kaitan' antara vaksin Johnson & Johnson dan masalah gumpalan darah. Namun mereka mengulangi bahawa manfaat vaksin melebihi risiko dan punca masalah pembekuan darah masih belum dikenal pasti.

COVID-19 | Angka korban global kini lebihi 3.03 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 3.03 juta kes.

COVID-19 | PM India rayu rakyatnya kekal waspada
Perdana Menteri India Narendra Modi rayu kepada rakyatnya supaya kekal waspada dengan penularan COVID-19. Jika gagal kata Modi, negara itu berkemungkinan terpaksa mengenakan sekatan untuk kawal jangkitan

Politik Chad | Presiden Chad terbunuh dalam pertempuran
Presiden Chad, Deby Itno yang memerintah negara itu selama lebih tiga dekad, meninggal dunia. Beliau dilaporkan terbunuh akibat cedera dalam satu pertempuran dengan puak pemberontak.

COVID-19 | Kes positif global lebihi 142 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 142 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Angkara buli: Rakan sekerja dibunuh
Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

AWANI Ringkas: Kes George Floyd | Bekas polis disabit membunuh | Presiden Chad maut dalam pertempuran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

Reezal Merican yakin lebih ramai layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Seramai 23 atlet di bawah Program RTT 2020 kini dalam usaha memburu slot di temasya Sukan Olimpik menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Reezal Merican ketuai atlet, pegawai sukan terima suntikan vaksin COVID-19
Reezal Merican menerima suntikan vaksin berkenaan pada pukul 10.29 pagi.

Kenyataan 'menteri UMNO kurang prinsip': Perlu ikut kata parti atau Ku Li? - Reezal Merican
Rata-rata pemimpin UMNO masih berada di dalam Kabinet kerana terikat dengan usul yang diputuskan ketika Perhimpunan Agong UMNO (PAU).

Langgar SOP: KBS dapatkan penjelasan penganjur, SIC dan Pesuruhjaya Sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan bersama pihak penganjur sukan permotoran, pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Pesuruhjaya Sukan minggu hadapan.

Olimpik Tokyo: 264 atlet, pegawai terima vaksin 13 April
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut.

Pemilihan parti UMNO jalan keluar yang demokratik - Reezal Merican
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak parti itu supaya mengadakan pemilihan parti secepat mungkin, untuk menyelesaikan isu-isu dalaman parti.

VSN 2030: Peluang memartabatkan pendemokrasian sukan
Kanvas VSN2030 terbuka untuk semua. Siapa dan apa sahaja latar belakang, idea dan harapan rakyat amat bernilai buat pihak KBS.