awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS luluskan RM100,000 dana KWASN untuk CHARM

Bernama
Bernama
22/08/2023
15:48 MYT
KBS luluskan RM100,000 dana KWASN untuk CHARM
Hannah berkata dana yang diluluskan itu adalah bagi menyokong pembangunan akar umbi sukan pemandu sorak yang sedang meningkat di tanah air. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) untuk Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM).
Menterinya Hannah Yeoh berkata dana yang diluluskan itu adalah bagi menyokong pembangunan akar umbi sukan pemandu sorak yang sedang meningkat di tanah air.
"Tahun ini buat pertama kali skuad negara menyertai Kejohanan Sorak Remaja Dunia di Amerika Syarikat dan mendapat tempat keenam.
Jadi sebagai tanda sokongan kepada CHARM, KBS telah meluluskan ia (peruntukan) bagi pembangunan sukan ini," katanya selepas merasmikan Anugerah Pengiktirafan CHARM di sini malam ini.
Mengulas lanjut, Hannah menyeru kepada skuad sorak negara untuk bersedia dan menampilkan prestasi terbaik memandangkan sukan itu berpeluang dipertandingkan di Sukan Olimpik pada masa akan datang.
Beliau turut berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat memberi sokongan kepada sukan sorak ini untuk diperkembangkan di peringkat sekolah dalam memastikan pembangunannya dalam negara.
"Saya berharap sekolah-sekolah juga akan mewujudkan sukan ini, sebab saya lihat sukan ini menyaksikan barisan atlet yang berbilang kaum dalam satu pasukan, dan semestinya akan mengeratkan kita semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#CHARM
#KWASN
#pembangunan sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan