awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan

Bernama
Bernama
10/02/2025
15:08 MYT
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Hannah berkata KBS akan membantu memudahkan perpindahan bakat ke sukan lain bagi memastikan usaha ibu bapa yang menghantar anak mereka berkecimpung dalam sesuatu sukan tidak disia-siakan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja terutama jika mereka didapati kurang berpotensi untuk mewakili negara dalam sukan yang diceburi itu.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata KBS akan membantu memudahkan perpindahan bakat ke sukan lain bagi memastikan usaha ibu bapa yang menghantar anak mereka berkecimpung dalam sesuatu sukan tidak disia-siakan.
"Sukan yang memerlukan atlet untuk bermula pada usia muda seperti gimnastik berirama adalah satu daripadanya tetapi tidak semua kanak-kanak akan membesar menjadi atlet yang mewakili Malaysia.
"Saya tidak mahu pelaburan awal yang dilakukan ibu bapa dibazirkan. Apabila kanak-kanak itu menyedari mereka tidak berapa bagus dalam sukan itu," katanya selepas merasmikan cawangan baharu Rhythmic Excellence Academy di sini semalam.
Beliau turut memuji langkah positif dilaksanakan antara Rythmic Excellence Academy ditubuhkan Petrina Low yang juga Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia bersama akademi sukan terjun di Bukit Jalil, berkolaborasi dengan bekas penerjun negara Datuk Leong Mun Yee.
"Kerjasama seperti ini yang kita mahu lihat iaitu atlet boleh bertukar kepada sukan lain," katanya sambil menambah Majlis Sukan Negara bersama jurulatih terlibat sedang meneroka kaedah untuk inisiatif itu.
Hannah dalam masa sama memberi contoh bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang pada mulanya bermain bola keranjang sementara ratu wushu negara Tan Cheong Min bermain badminton sebelum kedua-duanya berpindah kepada sukan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Majlis Sukan Negara
#pelaburan
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan