MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyalurkan lebih banyak bantuan dan sokongan bagi memajukan lagi industri sukan sepak takraw di negara ini termasuk pasukan Melaka yang menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2024 baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata bantuan dan sokongan itu antaranya meliputi program pembangunan bakat baharu sukan sepak takraw yang merupakan asas atau keperluan bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu pada masa hadapan.
"Saya telah pun menghubungi pihak pasukan sepak takraw Melaka untuk melihat bantuan atau keperluan yang boleh KBS bantu bagi memastikan pasukan itu terus ke hadapan.
"Selain sokongan jurulatih tempatan dan usaha pemain pasukan itu sendiri, faktor pembangunan bakat dan pasukan berkenaan yang bermain dari peringkat bawah menjadi pendorong utama dengan mengasah bakat baharu di peringkat belia," katanya kepada pemberita di Bukit Serindit di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 bersama Golden Age Care Centre yang turut dihadiri pengasas pusat jagaan itu Yeo Kwee Mong dan pengarah urusan pusat itu Ab Hamid Aji.
Adam Adli berkata pasukan sepak takraw Melaka juga dibenarkan menjalani latihan di semua fasiliti sukan di bawah KBS termasuk yang terletak di Ayer Keroh di sini sebagai persediaan menghadapi sebarang kejohanan.
Dalam pada itu beliau berkata kelab sukan sepak takraw lain yang ada di negara ini juga akan diberi tumpuan dalam memastikan pemain, jurulatih dan pasukan mendapat akses yang sepatutnya daripada pihak KBS pusat dan negeri.
Melaka muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2024 selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah pada 27 Jan lepas.
Kemenangan yang dibarisi enam pemain kebangsaan itu sekali gus menamatkan penantian 39 tahun Melaka untuk menjulang piala edisi ke-57 itu selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1985.
Terdahulu Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya menyantuni dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga Golden Age Care Centre sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Adam Adli berkata pasukan sepak takraw Melaka juga dibenarkan menjalani latihan di semua fasiliti sukan di bawah KBS. - Gambar fail
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.