awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS serah kepada SPRM isu presiden persatuan ditahan

Bernama
Bernama
31/01/2020
00:41 MYT
KBS serah kepada SPRM isu presiden persatuan ditahan
SYED SADDIQ: Saya tidak pasti apa tujuan atau punca penahanan, biar SPRM uruskan perkara ini. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau yakin SPRM akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil berhubung perkara berkenaan.
"Saya rasa dalam bab ini, lebih baik kita berikan ruang kepada SPRM untuk melakukan siasatan. Saya tidak pasti apa tujuannya (punca penahanan), dan biarkan mereka (SPRM) uruskan perkara ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan telah mengesahkan perkara berkenaan dan Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan suspek direman sehingga Ahad.
Suspek dilapor ditahan di rumahnya di Melaka, pada Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.
Terdahulu, Syed Saddiq ditemui pemberita selepas hadir pada majlis penajaan oleh Genting Malaysia Berhad kepada penganjur kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, Human Voyage (M) Sdn Bhd di Menara KBS, di sini.
Pada majlis berkenaan, Naib Presiden (Perhubungan Korporat dan Komunikasi) Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Prakash menyerahkan cek penajaan berjumlah RM5 juta untuk Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahaizereen Abdul Hamid bagi penganjuran kejohanan berbasikal terulung Asia berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#ditahan
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#mahkamah
#penahanan
#persatuan sukan
#presiden
#Rasuah
#reman
#salah guna kuasa
#siasatan
#suspek
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan