awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS terbuka bincang wujud hab sukan permotoran di Melaka

Bernama
Bernama
19/08/2023
03:48 MYT
KBS terbuka bincang wujud hab sukan permotoran di Melaka
Adli berkata Melaka berpotensi menjadi hab sukan permotoran, bukan saja di litar malah acara berkonvoi.- Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terbuka kepada sebarang perbincangan untuk meningkatkan sukan permotoran di Melaka, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Beliau berkata Melaka berpotensi menjadi hab sukan permotoran, bukan saja di litar malah acara berkonvoi, berikutan negeri ini sering menjadi tumpuan penunggang motosikal dari dalam dan luar negara melakukan aktiviti tersebut.
"Perbincangan tersebut bukan sekadar mewujudkan hab, tetapi soal program dan penganjuran yang lebih banyak dilaksanakan di bawah Rakan Muda, semua ini boleh dilakukan di bawah program Litar Permotoran melibatkan motosikal dan kereta," katanya.
Beliau ditemui selepas Program Konvoi Kembara Merdeka Seri Setia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka di Dataran Bandaraya MBMB di sini hari ini, dengan acara pelepasan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Adam Adli berkata setakat ini belum ada perbincangan atau permohonan secara rasmi oleh kerajaan negeri Melaka, berkaitan mewujudkan hab sukan permotoran berkenaan.
"Kita tiada masalah untuk berbincang jika ada permintaan yang tinggi dan permohonan itu disalurkan kepada KBS. Cuma tiada permohonan rasmi lagi dari kerajaan negeri setakat ini.
"Jika ada cadangan, kita akan bincang dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan peruntukan yang ada. Saya percaya kalau ada kerjasama dengan semua pihak, semuanya tidak mustahil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#sukan permotoran
#Kementerian Belia dan Sukan
#Adli Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan