KBS tumpu sukan berpotensi sumbang pingat di Sukan Asia, Komanwel 2026

Adam Adli berkata, KBS melalui MSN, telah melaksanakan projek khas ASIAKOM tahun ini bagi mempersiapkan atlet menghadapi Sukan Asia 2026 di Nagoya dan Sukan Komanwel 2026 di Glasgow. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Acara akuatik (terjun), badminton, berbasikal (trek), memanah, skuasy, karate dan wushu dikenal pasti sebagai antara sukan yang berpotensi menyumbang pingat pada temasya Sukan Asia tahun depan.
Ringkasan AI
- Sukan akuatik, badminton, berbasikal, memanah, skuasy, karate, dan wushu dikenal pasti sebagai sukan yang berpotensi menyumbang pingat pada Sukan Asia tahun depan.
 - Sukan angkat berat, boling padang, para olahraga, para lawn bowls, dan para powerlifting pula berpotensi meraih pingat pada Sukan Komanwel 2026.
 - Projek khas ASIAKOM telah dilaksanakan bagi mempersiapkan atlet menghadapi Sukan Asia 2026 dan Sukan Komanwel 2026 dengan memberi tumpuan kepada 39 atlet dari sembilan jenis sukan.
 
"Projek ini memberi tumpuan kepada 39 atlet daripada sembilan jenis sukan, merangkumi aspek latihan, pendedahan pertandingan, pengurusan kejurulatihan, kem binaan, sokongan serta sains dan perubatan sukan.
"Jumlah jenis sukan akan disesuaikan berdasarkan prestasi atlet negara pada Sukan SEA 2025 di Thailand," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Adam Adli menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai strategi kementerian memupuk bakat sukan di peringkat akar umbi serta status terkini dan unjuran pencapaian Malaysia dalam Sukan Olimpik dan Sukan Asia akan datang.
Beliau berkata beberapa pencapaian luar biasa atlet negara masa kini mengukuhkan keyakinan bahawa Malaysia berada di landasan tepat untuk mencipta sejarah meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik 2028.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


