SUKAN
KDN FC mula bayar tunggakan gaji pemain, sasar selesai sebelum liga bermula

Rundingan akan diteruskan agar semua tunggakan bagi Februari hingga April 2025 diselesaikan sebelum musim Liga Malaysia 2025/2026 bermula.
KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) telah menyelesaikan kira-kira 10 hingga 20 peratus tunggakan gaji pemain bagi saingan Liga Super musim lepas.
Ringkasan AI
- KDN FC telah mula menyelesaikan tunggakan gaji pemain, membayar sekitar 10 hingga 20 peratus dan menjalin persetujuan dengan pemain untuk menyelesaikan baki secara berperingkat.
- Rundingan akan diteruskan agar semua tunggakan bagi Februari hingga April 2025 diselesaikan sebelum musim Liga Malaysia 2025/2026 bermula.
- Pasukan memperuntukkan RM6 juta untuk pengurusan musim ini dan sedang merekrut pemain tempatan dan import baharu, dengan pengumuman Ketua Jurulatih akan dibuat tidak lama lagi.
"Tunggakan melibatkan gaji bagi Februari, Mac dan April 2025. Kita telah memulakan pertemuan dengan pemain sejak semalam bagi menyelesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama kelab penyokong KDN FC di sini malam tadi.
Mohd Irwan Rizal berkata rundingan akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga semua tunggakan diselesaikan sepenuhnya sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.
Mengulas persiapan pasukan, beliau berkata KDN FC memperuntukkan RM6 juta untuk pengurusan pasukan musim ini termasuk keperluan pemain, jurulatih, pegawai dan aspek pengurusan lain.
"Daripada segi pemain, kami telah menawarkan kontrak kepada beberapa pemain import dan tempatan. Bagi jawatan Ketua Jurulatih pula, kita akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat, mungkin minggu hadapan.
"Pemain import yang bakal menyertai KDN FC musim ini ada yang berpengalaman beraksi dalam Liga Malaysia, manakala sebahagian lagi belum pernah bermain di sini," katanya.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami