MAURICIO Pochettino mendakwa kehilangan Hugo Lloris akibat kecederaan lengan yang serius memberi kesan besar kepada Tottenham Hotspur tatkala mereka tewas 3-0 di tangan Brighton and Hove Albion, semalam.
Kapten Spurs, Lloris, diberikan oksigen sebelum diusung keluar dari padang ketika babak awal pertemuan di Stadium Amex.
Penjaga gol itu mengalami kecederaan selepas cuba menghalang hantaran lintang, menghempap lengan kirinya ketika cuba menahan daripada terjatuh.
Neal Maupay membuka tirai jaringan hasil bola muntah dan Brighton menambah dua lagi gol menerusi pemain muda, Aaron Connolly.
Situasi yang melanda Lloris serta kekalahan kelima musim ini yang diraih dalam semua kejohanan melengkapkan minggu suram buat Spurs selepas dibelasah Bayern Munich 7-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.
"Saya rasa perkhabaran itu tidak bagus," kata Pochettino selepas penjaga gol Perancis itu dikejarkan ke hospital.
"Kami perlu menunggu, pihak kelab cuba menjelaskan situasi sebenar. Semua orang menyaksikan dia jatuh di atas padang dan ia bukan situasi yang bagus."
Dia menambah: "Sudah tentu ia memberi kesan kepada perlawanan. Kami tidak boleh menafikan kehebatan Brighton tetapi seluruh pasukan menanggung kesan daripada insiden itu.
"Kami mencuba cara lain dalam babak kedua tetapi tidak bernasib baik.
"Ketika kedudukan 3-0, permainan sudah tamat. Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan diberi."
Tottenham yang masih dipalit kekecewaan susulan keputusan buruk diraih pertengahan minggu ini, cuba bangkit selepas ketinggalan tetapi tidak menghalang daripada mereka menanggung kekalahan pertama di tangan Brighton dalam tempoh 36 tahun.
Penyerang Ireland, Connolly, jelas menyinar dalam penampilan sulung dalam kesebelasan utama di pentas Liga Perdana Inggeris menerusi dua gol dalam setiap babak.
Graham Potter memuji pemain berusia 19 tahun itu sambil meraikan kemenangan pertama sekali gus meredakan tekanan yang dihadapi sejak permulaan musim.
"Dia telah membuka akaun jaringan," katanya.
"Connolly beraksi selaku pemain gantian tetapi tidak bernasib baik untuk menghasilkan gol. Dia memberikan kami pilihan tambahan. Saya berbesar hati dengannya.
"Dia seorang pemain muda dengan masa depan yang cerah dan kami berbesar hati memilikinya di dalam pasukan."
Astro Arena
Sun Oct 06 2019
Hugo Lloris mengalami kecederaan selepas cuba menghalang hantaran lintang, menghempap lengan kirinya ketika cuba menahan daripada terjatuh. - Astro ARENA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice
Declan Rice percaya pertembungan suku akhir UCL menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal.
Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger
Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.
Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern
Harry Kane mencipta sejarah Bundesliga apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich.
Bayern Munich mahukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti Thomas Tuchel?
Tuchel berada di bawah tekanan bersama The Bavarians selepas tiga kekalahan berturut-turut, di tangan Bayer Leverkusen, Lazio dan Bochum.
Bochum lakar kejutan, Bayern Munich tewas sekali lagi
Jamal Musiala memberikan gol pendahuluan buat pelawat, tetapi Bochum membalas melalui Takuma Asano dan Keven Schlotterbeck.
Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.
Hatrik Kane bantu Bayern benam Bochum
Tujuh jaringan itu meletakkan Kane di depan Gerd Mueller, Miroslav Klose dan Mario Mandzukic yang masing-masing menjaringkan lima gol.
UCL: Andre Onana hadiahkan Bayern Munich kemenangan dramatik
Andre Onana sedar dia telah mengecewakan Manchester United atas kesilapan membenarkan rembatan Leroy Sane melepasi jangkauannya dengan mudah.