awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecederaan MCL bukan alasan untuk tidak beri persembahan terbaik - Azam Azih

Bernama
Bernama
01/09/2023
15:00 MYT
Kecederaan MCL bukan alasan untuk tidak beri persembahan terbaik - Azam Azih
Azam berkata dia tidak berhadapan masalah untuk cuba mempamerkan aksi terbaik, jika pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon menurunkannya. - Bernama
PETALING JAYA: Pemain tengah skuad Harimau Malaya Muhammad Nor Azam Abdul Azih, mengakui sedang 'berperang' dengan diri sendiri, akibat kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) serta hamstring yang menghantuinya.
Biarpun begitu, beliau tidak mahu ia dijadikan alasan untuk dia tidak dapat bangkit memberikan persembahan dan prestasi yang terbaik kepada skuad negara, dan mahu tagihan khidmatnya tidak sia-sia menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berlangsung di Chengdu, China, bulan ini.
Menurut arkitek tengah pasukan Sri Pahang FC itu, ketika ini dia sedang berusaha mengembalikan semula keyakinan dan kemampuan diri, dengan menjadikan pentas perlawanan Tier 1 berdepan Syria dan tuan rumah, China sebagai medan kebangkitan.
"Tahun ini ikutkan tahun yang cukup down buat saya di mana persembahan saya di atas padang cukup terganggu, berikutan kecederaan dialami.
"Ikutkan sakit itu sudah tiada, tapi otak yang memainkan peranan buat saya untuk lupakan kecederaan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diterima memang kecederaan lama itu bersangkut paut," katanya pada sesi latihan pusat diadakan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.
Azam berkata dia tidak berhadapan masalah untuk cuba mempamerkan aksi terbaik, jika pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon menurunkannya menentang Syria dan China, yang merupakan pasukan 100 terbaik dunia berbanding Malaysia yang berada di posisi ke-136.
Ditanya sama ada penglibatan individu lain memainkan peranan buatnya untuk melupakan kecederaan selain mengembalikan keyakinan di atas padang, beliau berkata isterinya Iffa Najiha Nor Mohamed Zin telah mengambil tanggungjawab itu.
"Selain pemain Sri Pahang, isteri sayalah yang memberikan semangat dan pesan kepada saya, bahawa sebagai seorang pemain bola sepak sudah tentu ada pasang turun naik dan diri kita sendirilah kena cari jalan untuk atasi perkara itu," katanya.
Malaysia akan menentang Syria pada 6 Sept ini dan berdepan China tiga hari kemudian, pada perlawanan persahabatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#azam azih
#harimau Malaya
#kecederaan MCL
#hansting
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan