awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre

Astro Arena
Astro Arena
11/11/2024
10:52 MYT
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
Kedah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Kedah Darul Aman (KDA FC) memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Sang Kenari pada penghujung bulan lalu memaklumkan bahawa mereka sedang mencari mana-mana syarikat atau individu yang berminat untuk membeli keseluruhan saham pasukan berserta tanggungan segala kepentingan kelab itu.
Bagaimanapun, pasukan gergasi utara tanah air itu kini kelihatan tidak mencapai kesepakatan selepas dilaporkan menghantar surat maklum balas kepada syarikat berkenaan pada Khamis lalu.
"Pihak KDA FC telah menghantar surat kepada pihak Mahsuri Medical Centre pada hari ini, 11 November 2024, untuk memaklumkan bahawa pihak KDA FC telah memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan tentang penjualan 100 peratus saham KDA FC.
"Pihak KDA FC mendoakan yang terbaik kepada Mahsuri Medical Centre dalam pembangunan perniagaan di masa hadapan," kata kenyataan ringkas itu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kedah
#KDA FC
#Mahsuri Medical Centre
#jualan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan