awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah kerja keras untuk permainan cantik

Astro Arena
Astro Arena
18/03/2016
09:17 MYT
Kedah kerja keras untuk permainan cantik
LIRIDON: Sukar untuk mengetahui kemampuan sebenar Sabah. - Foto Astro Arena
SKUAD Kedah perlu bekerja keras untuk memastikan permainan yang kemas dan 'cantik' sewaktu bertemu Sabah malam ini.
Itu peringatan yang disuarakan tonggak import Kedah, Liridon Krasniqi menjelang aksi suku akhir pertama Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan.
Jelas Krasniqi, sukar untuk mengetahui kemampuan sebenar Sabah walaupun masing-masing pernah bertemu di Liga Perdana sebelum ini.
Namun dia juga sedar saingan pertandingan kalah mati amat berbeza dan Kedah perlu berwaspada agar tidak pulang hampa untuk aksi timbal balik 1 April nanti.
"Ini bukan perlawanan liga, dalam pertandingan merebut piala apa sahaja boleh berlaku. Terutama apabila anda bertemu pasukan dari divisyen berbeza jadi kami perlu bersabar kerana mereka juga boleh kalahkan kami.
"Saya sedar seperti kami, pasukan Sabah juga sudah berubah," kata pemain dari Kosovo ini.
Stadium Likas menyaksikan antara persembahan cemerlang Krasniqi musim lalu apabila membantu Kedah menewaskan Sabah 2-1 dalam aksi Liga Perdana.
Lantas dia berharap rentak itu dapat diulangi sekali lagi dengan menaruh sepenuh keyakinan terhadap kemampuan rakan sepasukan untuk memperolehi kemenangan.
"Saya gembira dengan persembahan dengan pasukan di mana kami bermain bola sepak menarik.
"Maka saya perlu tingkatkan prestasi dan bekerja keras."
Topic Berkaitan
#Kedah bertemu Sabah
#Liridon Krasniqi
#Piala FA
#suku akhir Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan