awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah pintas Perak di Liga Super 2020

Bernama
Bernama
21/09/2020
21:28 MYT
Kedah pintas Perak di Liga Super 2020
Penyerang Kedah Tchetche Hermann Brice Kipre (kanan) diasak pertahanan Sabah Evan Wensley Wenceslaus pada aksi Liga Super 2020 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
Pasukan Kedah mencerahkan peluang mereka menamatkan saingan Liga Super dalam kelompok teratas selepas menewaskan Sabah 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Kemenangan ketiga berturut-turut pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak sejak saingan liga kembali bersambung itu membolehkan skuad Lang Merah memintas Perak dengan kelebihan dua mata untuk menduduki tangga kedua liga selepas mengumpul 16 mata.
Pada aksi malam tadi, Kedah terpaksa bekerja keras kerana Sabah juga mengejar tiga mata demi menyelamatkan pasukan daripada zon penyingkiran.
Kedah membuka jaringan pada minit ke-26 selepas pemain import dari Liberia, Kpah Sherman menanduk masuk hantaran lintang Kipre Tchetche sebelum Sabah menyamakan kedudukan menerusi rembatan pemain kacukan Thailand-Jerman, Dennis Buschening seminit kemudian.
Memasuki babak kedua perlawanan, Kedah memperoleh gol kedua pada minit ke-70 menerusi Tchetche sebelum Fayadh Zulkifli Amin meletakkan Kedah di kedudukan selesa 3-1, lima minit kemudian.
Aksi Kedah dan Sabah sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada Sabtu lepas, terpaksa ditunda susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar sehingga Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Kedah
#Liga Super
#Perak
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan