DEBARAN dan kehangatan pertembungan puncak Liga Super minggu kelapan semakin dirasai dengan juara sembilan musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim menanti kunjungan Kedah Darul Aman dengan berada di kemuncak prestasi.
Biarpun JDT muncul satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod sempurna dan hanya dibolosi satu gol, ia tidak sedikitpun menggentarkan kem Kedah yang menjanjikan kualiti permainan tersendiri 'Nafuzi ball' di laman keramat Stadium Sultan Ibrahim esok.
Laungan keyakinan itu disuarakan perancang tengah Hijau Kuning, Lee Tuck yang melabel aksi itu sebagai pertembungan falsafah bola sepak moden terbaik di Malaysia.
Pemain naturalisasi negara itu memberikan bayangan Kedah akan mengekalkan corak permainan menyerang, seiring dengan gaya permainan Nafuzi Zain, sesuatu yang tidak dilakukan pasukan pelawat pada tiga kunjungan pertama musim ini.
"Kami bermain bertemu JDT di tempat lawan. Kami menyedari bakal berdepan lawan yang sukar namun ia tidak menolak peluang untuk kami menghadapi perlawanan ini dengan sasaran untuk mendapatkan kemenangan.
"Kami berharap untuk bersedia menghadirkan permainan yang terbaik. Kami akan menerapkan corak permainan kami dan bermain dengan penuh kualiti," katanya.
Sementara itu, Lee Tuck enggan terlalu memikirkan ketiadaan dua tonggak utama di bahagian pertahanan, Wan Amirul Afiq serta Ariff Farhan Md Isa yang tidak dapat beraksi ekoran pergantungan perlawanan.
"Ia adalah peluang buat pemain yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan dan membuktikan kemampuan mereka," ujarnya.
*Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Astro Arena
Sat Apr 08 2023
Lee Tuck memberikan bayangan Kedah akan mengekalkan corak permainan menyerang, seiring dengan gaya permainan Nafuzi Zain. - StadiumAstro
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.