awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan Selangor hasil semangat berpasukan - Kapten

Bernama
Bernama
13/12/2015
04:25 MYT
Kejayaan Selangor hasil semangat berpasukan - Kapten
MUHD SHAHROM: Kemenangan ini juga adalah hadiah untuk ahli keluarga kami dan seluruh penyokong Selangor yang sentiasa memberikan sokongan.
Kejayaan Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 malam tadi merupakan hasil daripada semangat berpasukan yang dipamerkan para pemain sejak awal musim.
Ketua Pasukan Selangor, Muhd Shahrom Kalam berkata rakan-rakanya memikul tugas yang dirancang dengan baik semasa menentang Kedah untuk membuahkan kejayaan setelah 10 tahun menunggu bagi menjulang semula Piala Malaysia.
"Saya sangat bersyukur atas kemenangan ini. Kemenangan ini adalah untuk pasukan kami yang bermain sebagai satu keluarga untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Selangor yang sebelum ini pada prestasi kurang baik," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Shah Alam.
Selangor mengalahkan Kedah dengan jaringan 2-0.
Muhd Shahrom berkata kemenangan itu merupakan hadiah untuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyambut ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 semalam.
"Kemenangan ini juga adalah hadiah untuk ahli keluarga kami dan seluruh penyokong Selangor yang sentiasa memberikan sokongan.
"Kami sangat gembira dapat mengembalikan Piala Malaysia buat kali ke-33 di hadapan penyokong sendiri. Semua pihak dalam pasukan berhak mendapat kemenangan ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Juara
#kapten
#Kedah
#Muhd Shahrom Kalam
#Piala Malaysia
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan