awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan skuad B-16 bukti negara tak ketandusan bakat - Osmera

Bernama
Bernama
10/10/2022
21:15 MYT
Kejayaan skuad B-16 bukti negara tak ketandusan bakat - Osmera
Kejayaan skuad itu yang rata-ratanya wakil dari AMD di bawah NFDP hasil daripada proses jangka masa panjang dilalui bakat muda di bawah program tersebut. - Foto FAM
SEPANG: Kejayaan skuad Bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan yang menempah slot ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) 2023 membuktikan negara tidak ketandusan bakat baharu dalam bola sepak.
Ketua jurulatihnya, Osmera Omaro, berkata sokongan padu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), ibu bapa, peminat dan sekolah membuktikan ekosistem bola sepak negara berada dalam keadaan baik ketika ini.
"Perkara ini telah jelas (tidak ketandusan bakat) namun saya harap pemain muda perlu diasuh dengan betul bagi memastikan laluan karier mereka tidak tersasar," katanya kepada pemberita selepas tiba bersama skuad negara dari Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Isnin.
Osmera pada masa sama berkata kejayaan anak buahnya, yang rata-ratanya wakil dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu hasil daripada proses jangka masa panjang dilalui bakat muda di bawah program tersebut.
Terdahulu, skuad kebangsaan disambut meriah oleh ahli keluarga selepas pesawat dinaiki mereka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia, tiba di KLIA pada jam 7.25 malam.
Pada aksi kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Indonesia, Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan menumpaskan Palestin 4-0 diikuti seri 1-1 menentang Guam sebelum mengejutkan pasukan pilihan Emiriah Arab Bersatu 3-2 dan melengkapkan saingan dengan 'meratah' tuan rumah, 5-1.
Malaysia layak ke Piala Asia B-17 2023 selepas mengungguli Kumpulan B dengan 10 mata.
Hanya 10 juara kumpulan dan enam pasukan naib juara kumpulan terbaik layak ke pusingan akhir.
Ini adalah kali keenam skuad muda kebangsaan layak ke pentas Piala Asia B-17 selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018 selaku tuan rumah.
Pencapaian terbaik skuad muda di saingan berprestij itu adalah pada edisi 2014 apabila layak ke suku akhir namun gagal ke saingan seterusnya selepas tewas nipis 1-2 di tangan Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuad B-16 negara
#Piala Asia B-17 2023
#Osmera Omaro
#skuad remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan