awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Akuatik Dunia: McIntosh, Marchand menang bergaya acara 400m medley

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2025
00:10 MYT
Kejohanan Akuatik Dunia: McIntosh, Marchand menang bergaya acara 400m medley
McIntosh (kiri) dan Marchand bergambar selepas memenangi acara dalam kategori masing-masing pada Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura, 3 Ogos 2025. REUTERS
SUMMER McIntosh dari Kanada meraih emas keempat daripada lima acara individu pada Kejohanan Akuatik Dunia pada Ahad dalam acara 400 meter medley.
Beliau mencatat rekod kejohanan iaitu 4 minit 25.78 saat untuk gelaran dunia kelapan dalam kerjayanya - 7.48 saat lebih pantas daripada Jenna Forrester (Australia) dan Mio Narita (Jepun) yang berkongsi pingat perak.
McIntosh, juara Olimpik tiga kali, sebelumnya telah memenangi medley 200m, kupu-kupu 200m, dan gaya bebas 400m di Singapura.
Namun, impiannya untuk menang kesemua lima emas individu terhenti apabila beliau meraih gangsa dalam acara gaya bebas 800m.
Dalam acara lelaki, Leon Marchand dari Perancis menunjukkan dominasi mutlak dengan kemenangan dalam masa 4:04.73 minit - 3.59 saat di hadapan wakil Jepun, Tomoyuki Matsushita.
Ilia Borodin, atlet neutral dari Rusia, memenangi gangsa.
Marchand hanya bertanding dalam medley 200m dan 400m di Singapura, dan tidak mengambil bahagian dalam acara kupu-kupu 200m serta dada 200m - yang pernah dimenanginya semasa Olimpik di Paris tahun lalu.
Kini, beliau telah mengumpul tujuh gelaran dunia. - Agensi
Topic Berkaitan
#Kejohanan Akuatik Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan