awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Angkat Berat Dunia: Mohamad Aniq rangkul gangsa di Riyadh

Bernama
Bernama
07/09/2023
04:50 MYT
Kejohanan Angkat Berat Dunia: Mohamad Aniq rangkul gangsa di Riyadh
Pencapaian pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu sekali gus mengulangi kejayaan menaiki podium pada edisi 2021 di Uzbekistan.- Foto FB Persekutuan Angkat Berat Malaysia
KUALA LUMPUR: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem angkat berat negara apabila menghadiahkan gangsa pada Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, malam tadi.
Pencapaian pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu sekali gus mengulangi kejayaan menaiki podium pada edisi 2021 di Uzbekistan selepas meraih perak acara sama ketika beraksi bagi kategori 55kg.
Atlet berusia 21 tahun itu dalam satu hantaran di laman Instagram melahirkan rasa syukur dapat merangkul pingat kedua pada Kejohanan Dunia dan menghargai sokongan keluarganya serta Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Beliau juga berharap pencapaiannya dapat melonjak semangatnya untuk terus meningkatkan prestasi pada masa depan.
Wakil Amerika Syarikat Hampton Morris muncul juara dengan angkatan terbaik 168kg manakala Li Fabin dari China meraih perak (167kg).
Sementara itu, kejohanan yang turut menjadi satu daripada saingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris menyaksikan Mohamad Aniq menduduki ranking kesembilan dengan angkatan keseluruhan 291kg.
Beliau melakukan angkatan bebanan 125kg dalam acara snatch.
Setiap atlet angkat berat negara hanya perlu menyertai baki tiga lagi kejohanan kelayakan bagi melayakkan diri untuk berada dalam ranking 10 terbaik ke Sukan Olimpik 2024.
Hanya 10 atlet terbaik setiap kategori dengan seorang wakil setiap negara layak secara automatik ke temasya sukan terbesar dunia itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Angkat Berat Dunia
#mohamad aniq kasdan
#Riyadh
#emas Sukan Komanwel 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan