awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan ASEAN 2024: Harith Haiqal, Haziq Aiman dipanggil ke skuad kebangsaan

Bernama
Bernama
05/12/2024
23:00 MYT
Kejohanan ASEAN 2024: Harith Haiqal, Haziq Aiman dipanggil ke skuad kebangsaan
Pemain Skuad Harimau Malaya giat menjalani sesi latihan semasa Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Petaling Jaya, 5 Dis 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan Selangor FC Harith Haiqal Adam Afkar dan penjaga gol Johor Darul Ta'zim II, Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa antara muka baharu dipanggil ketua jurulatih Harimau Malaya Pau Marti Vicente untuk menyertai kem skuad kebangsaan, ke Kejohanan ASEAN 2024 yang bermula 8 Dis hingga 5 Jan 2025.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan semalam memaklumkan Harith Haiqal, 22, menggantikan pemain Negeri Sembilan FC Muhammad Harith Samsuri, 24, yang mengalami kecederaan manakala Haziq Aiman, 19, pula menggantikan penjaga gol Terengganu FC Muhammad Rahadiazli Rahalim, 23, kerana masalah kesihatan.
"Seorang lagi pemain iaitu Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon, 19, dari Selangor FC B-23 turut dipanggil menyertai kem skuad Harimau Malaya sebagai pemain tambahan jika berlaku kecederaan atau sebarang kemungkinan ke atas pemain-pemain lain," menurut kenyataan itu.
Sementara itu FAM turut memaklumkan senarai akhir 26 pemain untuk didaftarkan bagi kempen Kejohanan ASEAN 2024 hanya akan dimuktamad pada Sabtu ini (7 Dis) sehari sebelum perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia bertemu Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Ahad, (8 Dis).
Selepas bertemu Kemboja, pasukan negara kemudian akan bertemu Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Dis, sebelum berdepan juara bertahan Thailand di Bangkok (14 Dis) dan menutup saingan kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional pada 20 Dis.
Sebagai rekod, pada 2010 Malaysia muncul juara kejohanan ASEAN yang dahulunya dikenali sebagai Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan ASEAN 2024
#harimau Malaya
#pemain tambahan
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan