awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 dijangka mula Mac ini

Bernama
Bernama
04/02/2021
14:40 MYT
Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 dijangka mula Mac ini
Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 akan kembali menyajikan 10 pusingan perlumbaan bermula bulan depan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR:Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 akan kembali menyajikan 10 pusingan perlumbaan bermula bulan depan dengan empat daripadanya akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Dua lagi pusingan akan dianjurkan di Litar Tangkak, Johor, dua lagi di Terengganu manakala baki dua lagi lokasi perlumbaan iaitu pusingan kelima dan kesembilan, masih belum ditetapkan.
"Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap akan memulakan musim 2021 bulan depan. Namun, harus diingatkan bahawa jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa," kata penganjur kejuaraan itu, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, jadual sementara itu diatur mengikut prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19 dengan mengambil kira andaian penonton masih lagi tidak dibenarkan berada di litar bagi musim ini.
Dalam masa yang sama, pihak Safe Aim Mutual juga berhasrat menghidupkan semula Kejuaraan Mini Cub Prix yang dikhaskan untuk pelumba cilik berusia enam sehingga 12 tahun, dimana aktiviti 'pocket bike' ini dijangka akan bermula pada bulan Mei atau Jun nanti.
Berikut jadual Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021:
Pusingan 1: Sepang Selatan (20-21 Mac)
Pusingan 2 : Tangkak, Johor (10-11 April)
Pusingan 3 : Tangkak, Johor (22-23 Mei)
Pusingan 4 : Litar Permotoran Terengganu (26-27 Jun)
Pusingan 5 : akan dimaklumkan (9-10 Julai)
Pusingan 6 : Sepang Utara (7-8 Ogos)
Pusingan 7 : Sepang Selatan (4-5 Sept)
Pusingan 8 : Litar Permotoran Terengganu (9-10 Okt)
Pusingan 9 : akan dimaklumkan (13-14 Nov)
Pusingan 10 : Sepang Utara (18-19 Dis)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cub Prix
#Petronas
#pandemik
#SOP
#COVID-19
#Malaysia
#Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas
#Litar Antarabangsa Sepang
#SIC
#Litar Tangkak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan