awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor jinakkan Tampines Rovers, dahului Kumpulan A

Bernama
Bernama
24/09/2025
22:00 MYT
Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor jinakkan Tampines Rovers, dahului Kumpulan A
Faisal Halim meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol semasa menentang BG Tampines Rovers pada perlawanan Shopee Cup di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam tadi. --fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Selangor merakam kemenangan pertama dalam kempen Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026 selepas menundukkan Tampines Rovers FC 4-2 pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.
Pada aksi kedua Kumpulan A itu, skuad Gergasi Merah menyajikan permulaan sempurna apabila mendahului 2-0 selepas Mohamad Faisal Abdul Halim membuka tirai jaringan pada minit ke-18 dan Zach Clough menggandakan kedudukan pada minit ke-29.
Pasukan pelawat dari Singapura itu berjaya mengurangkan defisit jaringan apabila Kohya Kazama menyempurnakan penalti pada minit ke-41 selepas beliau dijatuhkan Richmond Ankrah.
Memasuki babak kedua, Selangor kendalian Katsuhito Kinoshi menghukum kealpaan Tampines Rovers dengan dua gol pantas masing-masing menerusi Mohamad Faisal pada minit ke-52 dan penyudah Alvin Fortes enam minit kemudian.
Tampines Rovers cuba bangkit dengan gol kedua yang dijaringkan Hide Higashikawa pada minit ke-65, namun ia tidak cukup untuk menafikan kejayaan Selangor mengutip tiga mata pertama di hadapan penyokong sendiri.
Selepas dua perlawanan, Selangor kini berada di tangga teratas Kumpulan A, berkongsi empat mata dengan BG Pathum United dari Thailand di tempat kedua dan Tampines ketiga dengan tiga mata.
Anak buah Kinoshi dijadual bertemu wakil Filipina Dynamic Herb Cebu di Manila pada 3 Dis depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejuaraan Kelab ASEAN 2025 2026
#Selangor FC
#Tampines Rovers FC
#Kumpulan A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan