awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan WBC: Fury pertahan gelaran heavyweight bertemu Whyte April ini!

Astro Arena
Astro Arena
26/02/2022
08:58 MYT
Kejuaraan WBC: Fury pertahan gelaran heavyweight bertemu Whyte April ini!
Whyte (kanan) telah sekian lama antara petinju yang layak diberikan peluang untuk merebut gelaran WBC namun kekal bersabar dan kini bakal berentap bertemu Fury untuk bergelar juara dunia. - foto Astro Arena
PERTARUNGAN gelaran heavyweight antara Tyson Fury dan Dillian Whyte bakal berlangsung di Stadium Wembley, United Kingdom 23 April ini.
Juara WBC, Fury, diarahkan untuk mempertahankan gelaran berdepan pencabar mandatori, Whyte, dengan kedua-dua petinju itu telah menandatangani kontrak pada hari terakhir ketika Fury masih lagi dalam tawaran untuk mendapatkan wang kemenangan yang lebih tinggi.
Frank Warren's Queensbury Promotions memenangi bidaan untuk menganjurkan pertarungan tersebut, dengan Fury dijangka memperoleh 24 juta pound sementara Whyte meraih 6 juta pound.
Ia bakal menjadi pertarungan Fury yang pertama di United Kingdom sejak 2018, dengan lima daripada pertembungan terakhir dilangsungkan di Amerika Syarikat -- tiga daripadanya bertemu Deontay Wilder.
Whyte telah sekian lama antara petinju yang layak diberikan peluang untuk merebut gelaran WBC namun kekal bersabar dan kini bakal berentap bertemu Fury untuk bergelar juara dunia.
CONFIRMED: #FuryWhyte The WBC Heavyweight Championship of the World. Saturday 23 April. #UnderTheArch It could only happen here. pic.twitter.com/TrGtG9xpBQ
— Wembley Stadium (@wembleystadium) February 25, 2022
Penganjur pertarungan, Warren, berkata, "Tyson Fury kembali ke laman sendiri untuk beraksi di Stadium Wembley bagi mendapatkan status petinju heavyweight nombor satu dunia berikutan usahanya mengecap kejayaan sebelum ini.
"Hakikat bahawa mempertahankan gelaran WBC yang diwajibkan ini menentang seorang lagi warga Britain hanya menambahkan lagi peri pentingnya pertarungan itu.
“Mereka adalah dua daripada watak terbesar dalam sukan Britain dan kedua-duanya biasanya mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan untuk diri mereka sendiri.
"Ia akan menjadi malam yang luar biasa dan acara besar untuk sukan di negara ini akan menghadirkan imaginasi terbaik buat peminat di seluruh dunia."
Topic Berkaitan
#Tinju WBC
#Tyson Fury
#Dillian Whyte
#heavyweight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan