Argentina kini mampu menarik nafas lega setelah mara ke pusingan kalah mati bola sepak Piala Dunia 2014, dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Iran pada perlawanan kumpulan F awal pagi Ahad di Belo Horizonte.
Jaringan kaki kiri kapten Argentina Lionel Messi pada masa tambahan kecederaan di akhir babak kedua menghadiahkan tiga mata penuh kepada pasukan La Albiceleste itu untuk selesa ke pusingan seterusnya.
Perlawanan babak pertama tampak berat sebelah apabila Argentina lebih banyak menyerang namun aksi berubah apabila perlawanan memasuki separuh masa kedua apabila Iran mula menghasilkan beberapa percubaan menarik yang antaranya tepat ke gawang.
Penjaga gol Argentina Sergio Romero perlu dipuji apabila berjaya menyelamatkan tiga percubaan tepat skuad Iran oleh Jalal Hosseini dan Reza Ghoochanneijhad.
Penguasaan 70-30 peratus perlawanan oleh Argentina nyata gagal menyumbang apa-apa jaringan walaupun merekodkan sembilan percubaan tepat ke gawang daripada 19 percubaan dek kerana susunan pertahanan Iran yang kemas.
Iran juga dilihat mensia-siakan peluang apabila percubaan tepat dari dalam kotak penalti oleh pemain penyerangnya Reza berjaya ditepis Romero.
Messi terpilih menjadi ‘Man of the Match’ dengan rekod enam percubaan jaringan dan satu gol kemenangan pasukannya.
Barisan pemain:
Argentina: Sergio Romero, Ezequiel Garay, Pablo Zabaleta, Angel Di Maria (Bilgia 90'), Gonzalo Higuain (Palacio 76'), Lionel Messi, Maxi Rodriguez, Javier Mascherano, Martin Demichelis, Marcos Rojo dan Sergio Aguero (Lavezzi 76').
Iran: Rahman Ahmadi, Khosro Heydari, Jalal Hosseini, Amishossein Sadeghi, Javad Nekounam, Masoud Shojaei (KH Heydari 76'), Reza Haghighi (Haji Safi 88'), Andranik Timotian, Pejman Montazeri, Reza Ghoochannejad, dan Ashkan Dejagah.
Munirah A Sani
Sat Jun 21 2014
Lionel Messi beri kelegaan pada pasukannya.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.