SUKAN
Kekal di Santos: "Saya mendengar kata hati" - Neymar

Kontrak bekas pemain Barcelona itu pada awalnya akan tamat pada 30 Jun, tetapi Santos mengumumkan bahawa Neymar akan kekal di kelab itu sehingga penghujung 2025. - Stadium Astro
"SAYA mendengar kata hati," luah bintang sensasi Brazil, Neymar.
Ringkasan AI
- Neymar melanjutkan kontrak bersama Santos hingga penghujung 2025, menyatakan keputusan itu lahir daripada kata hati dan rasa kekitaan terhadap kelab zaman remajanya.
- Pemain berusia 33 tahun itu kembali ke Santos pada Januari lalu selepas mengalami kecederaan serius yang menamatkan kontraknya bersama Al-Hilal.
- Setakat ini, Neymar mencatat tiga gol dan tiga bantuan jaringan dalam 14 penampilan, meskipun masih dalam proses memulihkan kecergasannya selepas terlepas beberapa perlawanan.
Neymar kembali bersama Santos pada Januari lalu selepas menghabiskan 12 bulan kerana kecederaan ligamen lutut yang menyebabkan kontraknya dengan Al-Hilal ditamatkan.
"Saya membuat keputusan dan mendengar kata hati saya.
"Santos bukan hanya pasukan saya, tapi ia adalah rumah tempat sejarah saya dalam hidup bermain bola sepak," katanya dalam media sosial rasmi Santos.
Meskipun, dia turut menyatakan bahawa untuk kekal fokus memulihkan kecergasannya selepas terlepas tujuh perlawanan sepanjang April dan Mei kerana kecederaan.
Untuk rekod, Neymar berjaya catat tiga gol dan tiga sumbangan jaringan dalam 14 penampilan di semua pertandingan. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami