KUALA LUMPUR:Barisan atlet para negara dinasihatkan supaya tidak patah semangat tetapi sebaliknya kekal fokus menjalani latihan seperti biasa untuk persiapan menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept depan.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Megat Zaharudin mengakui, semangat kebanyakan atlet kini agak merudum disebabkan ketiadaan pertandingan akibat penularan pandemik COVID-19, namun menasihatkan mereka supaya terus fokus menjalani latihan untuk berhadapan ujian sebenar yang menanti mereka di Tokyo nanti.
"Kemerosotan prestasi itu kita boleh lihat apabila tiadanya pertandingan, namun jadual latihan yang telah ditetapkan persatuan (sukan masing-masing) serta MSN (Majlis Sukan Negara) dan (barisan) kejurulatihan harus diikuti, dan kita hanya dapat tahu prestasi (sebenar) mereka sekiranya ada pertandingan," katanya ketika ditemu bual penyampai radio Amar Yusoff menerusi segmen Kawan Luar Biasa: Perkembangan Atlet Para Negara secara dalam talian di Bernama Radio24, Wisma Bernama, di sini, pada Jumaat.
Seramai 10 atlet para negara sudah melayakkan diri ke Tokyo melibatkan sukan renang, memanah, olahraga, boccia dan powerlifting iaitu Muhd Nursaiful Zulfikri dan Brenda Anelia (renang); S Suresh dan Wiro Julin (memanah); Muhammad Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Abdul Latif Romli (olahraga); Chew Wei Lun (boccia) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).
Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan Kerajaan Jepun bersetuju untuk meminda tarikh penganjuran Sukan Paralimpik 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 25 Ogos hingga 6 September 2020 kepada 24 Ogos hingga 5 September 2021 susulan penularan pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Megat Shahriman memaklumkan MPM sentiasa menjalinkan kerjasama bersama MSN dan juga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan sebagai atlet para memandangkan angka 2,500 yang berjaya digilap ketika ini masih belum mencukupi.
Beliau menjelaskan Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 5,000 hingga 6,000 atlet baharu bagi memastikan negara tidak ketandusan bakat dalam sukan para pada masa akan datang.
Mengambil contoh beberapa negara seperti China, India dan Amerika Syarikat, Megat Shahriman mendedahkan negara-negara berkenaan sentiasa berusaha untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu sebagai atlet para kerana mereka sedar atlet sedia ada akan bersara pada satu hari nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
Datuk Seri Megat D Shahriman Megat Zaharudin mengakui, semangat kebanyakan atlet kini agak merudum disebabkan ketiadaan pertandingan akibat penularan pandemik COVID-19. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Berhentilah 'ganggu' Muhammad Ziyad
Kamaruzaman Kadir khuatir situasi itu jika dibiarkan berlarutan, mampu menjejaskan emosi atlet berusia 31 tahun itu.
Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.
Ziyad Zolkefli minta maaf pada rakyat Malaysia
Muhammad Ziyad Zolkefli meminta maaf selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun unggul kekal rekod tanpa kalah
Atlet boccia Chew Wei Lun melakar satu lagi keputusan sensasi, selepas memenangi perlawanan terakhir acara individu (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia
Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.
Mampukah Yee Khie ikut jejak langkah Bonnie?
Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin.
Bonnie kini ikon atlet masa depan - CEO SSC
Dengan program latihan yang betul serta sokongan sains sukan dan perkhidmatan, Bonnie pasti akan kekal cemerlang bertahun-tahun lagi.
'Negaraku' akhirnya berkumandang di Tokyo
Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Tokyo apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sejarah menyumbang emas pertama negara hari ini.