Kekalahan bukan kerana lawan lebih baik berbanding kami.

Demikian pandangan ketua jurulatih Negeri Sembilan Divaldo Da Silva selepas pasukannya gagal mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan Johor Darul Takzim.

Menurut Da Silva, kesilapan individu menjadi punca pasukannya dibolosi lewat perlawanan.

Tambah pengendali itu lagi, beliau terpaksa membuat perubahan di bahagian tengah selepas beberapa pemain mula kepenatan.

Keputusan itu menyaksikan Skuad Jang terus terhimpit di tangga terbawah liga.

Selepas sembilan perlawanan, mereka mengumpul enam mata dan merupakan pasukan tunggal yang masih belum memperoleh sebarang kemenangan musim ini.