awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan FC ada ramuan tumbangkan JDT II - Rezal Zambery

Bernama
Bernama
10/09/2021
09:38 MYT
Kelantan FC ada ramuan tumbangkan JDT II - Rezal Zambery
Rezal Zambery berkata, beliau meletakkan kepercayaan kepada pemain untuk mencipta kejutan pada perlawanan pada petang Sabtu (11 September). - Facebook - Rezal Zambery Yahya
KOTA BHARU: Pemain Kelantan FC berada dalam momentum terbaik untuk mencatatkan kemenangan apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim II (JDT II), pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang esok.
Penolong Ketua Jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berkata pemain bimbingannya yang masih segar dengan kejayaan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC pada aksi sebelum ini, tidak akan memberi laluan mudah buat pasukan lawan dari selatan tanah air itu.
"Kelantan FC mahu tiga mata penuh esok, kami kena akui JDT II adalah pasukan kuat, namun saya melihat peluang untuk menang tetap sama rata dan kami akan memberi tentangan sengit terutamanya apabila bermain di tempat sendiri," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Rezal Zambery berkata, beliau meletakkan kepercayaan kepada pemain untuk mencipta kejutan pada perlawanan petang esok.
Selepas 18 perlawanan, Kelantan FC kini berada di kedudukan ketujuh dengan 24 mata hasil daripada tujuh kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan.
Beliau berkata dalam keghairahan mencari kemenangan, pemain pertahanan Kelantan FC juga perlu lebih memberi tumpuan dan tidak alpa sepanjang aksi berlangsung.
"Jangan melakukan kesilapan mudah kerana kita sedar kemampuan yang ada pada penyerang JDT II yang boleh menghukum mana-mana pasukan lawannya, dan jangan beri banyak ruang kepada mereka untuk bermain bola dengan cara hantaran pendek terutamanya di kawasan kotak penalti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rezal Zambery
#Kelantan FC
#JDT II
#Liga Premier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan