KOTA BHARU: Kelantan United FC (KUFC) dijenamakan semula kepada Kelantan Darul Naim (KDN FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Presiden KUFC Rozi Muhammad berkata penjenamaan semula nama dan logo kelab adalah disebabkan keinginan pihak pengurusan untuk menyatukan semula penyokong bola sepak Kelantan di bawah satu panji serta bendera kebanggaan negeri.
Beliau berkata perubahan nama dan logo ini bukan untuk menggantikan pasukan utama iaitu Kelantan FC namun ia satu perubahan yang dibuat demi melihat kelab lebih berdaya saing.
"Perubahan itu dilakukan bagi membolehkan KDNFC mampu bersaing di hierarki tertinggi Liga Malaysia bersama kelab utama lain dengan entiti yang lebih dominan serta memiliki satu pengaruh bersifat menyeluruh.
"Besar harapan kami dengan penggunaan nama dan logo baharu ini untuk melihat semua pihak di Kelantan dapat bersatu padu demi perkembangan bola sepak Kelantan lebih berdaya saing dan mencabar kelab-kelab lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rozi menyeru peminat fanatik KDNFC untuk memberi sokongan dan sorakan serta memenuhi stadium setiap perlawanan liga musim ini.
Menurutnya, pihak pengurusan turut berterima kasih kepada Liga Bola Sepak Malaysia dan First Instant Body kerana menerima penjenamaan semula kelab untuk menghadapi saingan 2024/2025.
"Kami juga berterima kasih kepada semua peminat dan penyokong bola sepak Kelantan kerana curahan idea serta pendapat mengenai penjenamaan semula KUFC kepada KDNFC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Rozi berkata perubahan nama dan logo ini bukan untuk menggantikan pasukan utama iaitu Kelantan FC namun ia satu perubahan yang dibuat demi melihat kelab lebih berdaya saing. - Gambar Stadium Astro
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
Anak jati Kelantan taja KDN FC bernilai RM600,000
Presidennya Rozi Muhamad berkata penajaan itu melibatkan jersi dan peralatan untuk latihan pasukan itu sepanjang musim ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Mac 2024.
Kelantan United FC kini dikenali dengan KDN FC
Kelantan United FC (KUFC) dijenamakan semula kepada Kelantan Darul Naim (KDN FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.