KUALA LUMPUR: Kelantan United gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 2-2 menentang PDRM FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
PDRM selaku pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan lencong daripada luar kotak penalti Mohamad Nabil pada minit ke-47 menewaskan penjaga gol Kelantan United, Mohd Shahril Sa'ari.
Penyerang import Nigeria, Uche Agba menambah jaringan buat skuad Sang Saka Biru pada minit ke-54 apabila mudah menewaskan penjaga gol Kelantan United yang berdepan situasi satu lawan satu selepas menerima lorongan bola rakan pasukan dalam kawasan kotak penalti.
Kelantan United mempamerkan kebangkitan dengan memperolehi gol pertama menerusi Jose Porteria pada minit ke-55 apabila mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol PDRM.
Kemasukan S.Sharvin ternyata mengubah nasib Kelantan United selepas beliau menghadiahkan jaringaan penyamaan pada minit ke-70 sebelum kedudukan kekal sehingga wisel tamat ditiup.
Kelantan United kini menduduki tangga ke-12 liga dengan lapan mata selepas 18 perlawanan manakala PDRM di tangga kelapan dengan24 mata.
Di TERENGGANU, hasrat tuan rumah Terengganu FC untuk membawa pulang bekalan tiga mata penuh turut musnah selepas terikat seri 1-1 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus.
Skuad Penyu ternyata menguasai perlawanan seawal babak pertama perlawanan sebelum berhasil memecah kebuntuan gol melalui tandukan Ivan Mamut hasil hantaran Sony Norde pada minit ke-66.
Bagaimanapun, keselesaan Terengganu tidak kekal lama apabila direntap skuad Jang menerusi jaringan penyamaan pemain import Perancis, Herold Goulon di minit ke-88.
Terengganu FC kini menghuni tangga keenam dengan 26 mata manakala Negeri sembilan di tempat kesembilan dengan 21 mata. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Kelantan United gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 2-2 menentang PDRM FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. - Gambar BERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.