KENNY McLean menikmati detik istimewa dalam kariernya selepas jaringannya memberikan Scotland tiga mata penting kelayakan Euro 2024 daripada kemenangan 2-1 di Norway.
McLean menyumbat gol pada minit ke-89 dengan kaki kanannya 10 minit selepas turun daripada bangku simpanan dan dua minit selepas Lyndon Dykes membatalkan jaringan pembukaan Erling Haaland pada minit ke-61.
Pemain tengah, McLean berkata, “Ia sangat istimewa, detik yang sangat baik untuk semua orang yang terlibat dan jelas sekali untuk penyokong yang datang ke Norway -- ia sungguh menakjubkan, saya boleh mendengar sorakan mereka.
“Jelas sekali saya hanya menjaringkan gol bertemu San Marino sebelum ini jadi saya gembira dapat menjaringkan gol yang begitu bermakna.
"Saya tidak tahu sama ada saya terlalu gembira dengan Dykesy -- yang memberikan ruang buat saya menjaringkan gol -- tetapi syukur ia berjaya."
McLean adalah sebahagian daripada perubahan tiga kali ganda daripada pengurus, Steve Clarke, yang turut menyaksikan Billy Gilmour dan Stuart Armstrong muncul, selepas Liam Cooper sebelum ini menggantikan Kieran Tierney yang keletihan.
Pemain Norwich itu berkata, “Pengurus sentiasa mengendalikan skuad, ia adalah permainan skuad dan itulah yang selalu kami fikirkan.
“Sebilangan besar kali kami membuat empat atau lima pertukaran jadi semua orang perlu bersedia dan bersyukur setiap pemain berjaya menghadirkan permainan yang terbaik.
"Kami telah bekerja selama beberapa minggu terakhir bersama-sama, kami mengadakan kem di Sepanyol dan bekerja keras sepanjang masa, jadi untuk mendapatkan kemenangan adalah sangat baik."
Astro Arena
Sun Jun 18 2023
Aksi Kenny McLean meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan Kelayakan Euro 2024 kumpulan A antara Norway dan Scotland di Stadium Ullevaal, Olso, Norway, 17 Jun 2023. (Foto AP)
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kelayakan Euro 2024: Kenny McLean nikmati detik terbaik benam Norway
McLean menyumbat gol pada minit ke-89 dengan kaki kanannya 10 minit selepas turun daripada bangku simpanan.