awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia B-23: Skuad negara hitung tiket naib juara

Astro Arena
Astro Arena
12/09/2023
23:30 MYT
Kelayakan Piala Asia B-23: Skuad negara hitung tiket naib juara
Malaysia perlu bergantung kepada keputusan kumpulan lain untuk menempatkan diri dalam kelompok empat naib juara terbaik bagi melayakkan diri. - Foto FAM
THAILAND 1 MALAYSIA 0
JARINGAN tunggal Yotsakon Bhurapa menjadi jurang di antara skuad B-23 negara dan Thailand, malam tadi.
Dengan itu, skuad remaja Gajah Perang berkenaan automatik mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar pada tahun depan.
Sementara itu, Malaysia perlu bergantung kepada keputusan kumpulan lain untuk menempatkan diri dalam kelompok empat naib juara terbaik bagi melayakkan diri.
Dalam aksi getir Kumpulan H itu, barisan negara asuhan E Elavarasan bermula baik sebaik sepak mula tetapi dapat diimbangi tuan rumah yang beraksi di Stadium Chonburi.
Kelayakan Piala Asia B-23 2024 | vs Gol!!! 20' Yotsakon Burapha#AFCU23 pic.twitter.com/3rY7ex5M8Q
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 12, 2023
Namun, kealpaan pada minit ke-20 menyebabkan pintu gawang negara dirobek apabila Yotsakon bijak menerpa sepakan lintang Pongsakorn Trisat yang gagal dicabar di udara oleh Harith Haikal termasuk dikuis keluar oleh penjaga gol, Sheikh Izhan Nazrel Sheikh Azman
Penyerang itu kembali mencemaskan kem negara menuju rehat tetapi kali ini kepalanya gagal menyambar umpanan dari sayap kiri.
Malaysia keluar dari bilik persalinan dengan rentak perlahan dalam mencari jaringan penyamaan selain mampu dipatahkan Thailand.
Peluang terakhir Malaysia di dalam kotak penalti hadir menerusi T Saravanan tetapi idea akhirnya dalam masa kecederaan menyebabkannya serta rakan-rakan sepasukan berputih mata. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kelayakan Piala Asia B-23
#skuad bola sepak negara
#b-23
#peluang Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan