awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia hadapi cabaran Korea Utara

Bernama
Bernama
27/03/2025
23:30 MYT
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia hadapi cabaran Korea Utara
Pada majlis undian yang berlangsung di AFC House semalam, selain Korea Utara, Malaysia turut diundi bersama Palestin dan Tajikistan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak wanita negara berdepan tugas sukar untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita 2026 apabila diundi dalam Kumpulan H bersama bekas juara tiga kali, Korea Utara.
Pasukan Korea Utara juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Pada majlis undian yang berlangsung di Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) House semalam, selain Korea Utara, Malaysia turut diundi bersama Palestin dan Tajikistan.
Tajikistan akan menjadi tuan rumah bagi aksi kelayakan yang dijadualkan berlangsung dari 23 Jun hingga 5 Julai ini.
Mengikut format pusingan kelayakan, hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Australia dari 1 hingga 21 Mac tahun depan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia Wanita adalah pada tahun 1995 ketika menjadi tuan rumah dengan pencapaian terbaik skuad negara di kejohanan itu ialah meraih tempat ketiga pada tahun 1983 yang berlangsung di Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelayakan Piala Asia Wanita
#Korea Utara
#bola sepak wanita
#Piala Asia Wanita 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan